NKRA Pengurangan Kadar Jenayah Masuk Fasa Kedua, Perlu Kerjasama Swasta

Diterbitkan: Isnin, 25 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi mengurangkan kadar jenayah kini telah memasuki fasa kedua pelaksanaannya, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Salah satu cabaran yang dihadapi bagi melaksanakan NKRA tersebut, katanya ialah menarik lebih banyak sektor swasta untuk bekerjasama dengan kerajaan di dalam program transformasi yang telah dijalankan.

Oleh yang demikian, beliau menggesa agar semua pihak termasuk sektor swasta untuk tampil bagi memperkasakan program yang telah diperkenalkan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) itu.

"Kita telah memasuki fasa kedua dan telah sampai sejauh ini. Kita tidak boleh berpatah balik tetapi harus terus bergerak dan memandang ke hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan demonstrasi projek Sistem Respon Bersepadu, satu inisiatif pengurangan kadar jenayah bernilai RM95 juta di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini Isnin.

Sistem interaktif itu memberi pihak polis akses kepada rakaman sistem pemantauan CCTV agar dapat menyalurkan maklumat kepada anggota bertugas melalui pusat kawalan dalam usaha memerangi jenayah dan mengurangkan kadar jenayah di negeri ini.

Demonstrasi selama empat minit itu menunjukkan seorang mangsa rompakan boleh membuat panggilan kecemasan dan memberikan butiran asas kepada polis yang boleh meninjau tempat kejadian melalui sistem CCTV dan mengesan penjenayah pada masa sebenar.

Hishammuddin berharap untuk mendapat maklum balas daripada pihak yang terbabit seperti pusat panggilan kecemasan, pengendali CCTV dan pihak kerajaan tempatan dalam masa tiga minggu lagi supaya koordinasi di antara polis dengan pihak terbabit dapat dipertingkatkan lagi.

"Saya mahu agar orang ramai lebih bersikap rasional dan bukannya emosional kerana agensi asing telah mengiktiraf bahawa kadar jenayah di negara ini telah berkurangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini," tambahnya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan