Kualiti Udara Di Seluruh Negara Semakin Baik - JAS

Diterbitkan: Isnin, 25 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di seluruh negara pada Isnin semakin baik apabila 18 kawasan berada pada tahap baik dan 32 kawasan pada tahap sederhana sehingga pukul 11 pagi tadi dalam tempoh 24 jam lepas.

Menurut kenyataan Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada Ahad, 17 kawasan berada di tahap baik manakala 33 lagi sederhana.

Kawasan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri, Sarawak kekal menjadi satu-satunya kawasan pada tahap tidak sihat, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan itu meningkat kepada 192 berbanding 144, Ahad.

Kemerosotan kualiti udara di kawasan Miri disebabkan kebakaran tanah gambut seluas 12 hektar di Permai Jaya berdekatan ILP Kuala Baram, Miri.

"Kerajaan Negeri Sarawak telah menggerakkan Jawatankuasa Bencana Bahagian Miri melibatkan agensi tempatan yang berkaitan bagi membendung kebakaran daripada merebak dan membantu kerja-kerja pemadaman api serta mengawal kebakaran," kata kenyataan itu.

Selain itu, status kualiti udara di Semenanjung menunjukkan penurunan bacaan IPU tetapi cuaca panas dan kering sepanjang bulan Jun selain peningkatan titik panas mungkin mengakibatkan ketidakstabilan kualiti udara.

JAS turut menggerakkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka dan mempertingkat program pencegahan kebakaran tanah gambut bagi mengawal punca yang boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara di seluruh negara.

Kenyataan itu menyebut perintah larangan pembakaran terbuka di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dikeluarkan pada 16 Jun lepas serta di kawasan Tudan, Permai Jaya dan Kuala Baram di Miri, Sarawak yang dikeluarkan pada 22 Jun lepas masih berkuatkuasa. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan