Konsep Sukarelawan Prihatin Platform Rakyat Perangi Dadah Secara Holistik - PM

Diterbitkan: Isnin, 25 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Konsep Sukarelawan Prihatin menjadi platform bagi melibatkan penyertaan lebih ramai rakyat negara ini memerangi penyalahgunaan dadah secara holistik dan berterusan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, konsep Sukarelawan Prihatin menjadi tema sambutan peringatan Hari Anti Dadah Antarabangsa (HADA) 2012 dan ia digerakkan melalui Skuad 1Malaysia, iaitu gerakan gelombang kesukarelaan yang mempunyai 252,128 ahli.

"Skuad 1Malaysia menggambarkan betapa rakyat negara ini amat prihatin terhadap isu penyalahgunaan dadah dan sentiasa mendukung usaha kerajaan mencegah dan merawat pulih individu yang telah terjebak dengan masalah penagihan dadah," katanya dalam perutusan sempena HADA 2012, Isnin.

Skuad 1Malaysia, yang ditubuhkan pada 4 Julai tahun lepas, merupakan gabungan sukarelawan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) iaitu Rakan Antidadah (Rada), Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD), Masyarakat Wanita Antidadah (Mawadah), Ahli Lembaga Pelawat (ALP), Persatuan Alumni AADK (Pendamai) dan Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).

Skuad 1Malaysia terlibat dalam aktiviti seperti pencegahan dadah, kaunseling, rawatan dan pemulihan serta sokongan sosial, termasuk ketika bencana alam.

Najib berkata golongan belia perlu diberikan galakan untuk melibatkan diri dengan kesukarelaan dan untuk itu Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewujudkan satu gelombang kesukarelaan belia yang dikenali sebagai Skuad Muda KDN yang turut dianggotai oleh Skuad 1Malaysia terdiri daripada golongan belia pelbagai kaum berumur antara 18 dan 25 tahun.

Beliau berkata pendekatan dalam membantu menangani masalah penagihan dadah haruslah dinamik dengan AADK bertindak proaktif melalui perkhidmatan rawatan dan pemulihan secara terbuka dan sukarela kepada seluruh masyarakat, yang mempunyai masalah dadah, iaitu antaranya Klinik Cure and Care 1Malaysia (Klinik C&C 1Malaysia), Cure & Care Service Centre (CCSC) dan Caring Community House (CCH).

"Sejak perkhidmatan-perkhidmatan ini diperkenalkan bermula tahun 2010, ia telah menunjukkan impak yang positif dan sambutan masyarakat dengan kehadiran terkumpul klien seramai 15,508 orang di sembilan buah klinik Cure & Care 1 Malaysia secara sukarela," katanya.

Beliau berkata, klien yang hadir mendapatkan perkhidmatan di 39 CCSC di seluruh negara mencecah seramai 341,796 orang setakat 30 Mei lalu.

"Insyaallah Kementerian Dalam Negeri khususnya AADK akan memperluaskan lagi perkhidmatan-perkhidmatan terbabit dalam masa terdekat ini demi memastikan rakyat Malaysia bebas dari ancaman dadah," katanya.

Menurut laporan KDN sehingga kini, seramai 300,000 penagih dadah tegar dikesan di seluruh negara dengan 80 peratus daripadanya adalah individu berusia antara 15 dan 40 tahun, dan 97 peratus adalah lelaki.

Berdasarkan Laporan Dadah 2011 AADK, sejumlah 44.51 peratus menjadi penagih kerana pengaruh kawan diikuti 20.31 peratus kerana faktor ingin tahu dan 13.13 peratus hanya untuk keseronokan semata-mata. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan