Kerajaan Johor Belum Bayar Pampasan Tanah Berhubung Projek Rapid

Diterbitkan: Isnin, 25 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NUSAJAYA: Kerajaan Johor belum membuat bayaran atau pengumuman mengenai pampasan tanah untuk tapak kediaman penduduk yang akan diambil kerajaan bagi pembangunan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, dekat Kota Tinggi.

Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman berkata ini kerana urusan pengambilan balik tanah yang terlibat masih di peringkat awal dan Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 belum lagi diwartakan.

"Maklumat-maklumat terperinci mengenai proses pengambilan balik tanah, kawasan yang terlibat, kawasan penempatan semula penduduk, penempatan semula kemudahan awam seperti sekolah, klinik, balai polis dan peluang pekerjaan dan sebagainya telah dipaparkan di Pusat Informasi Setempat Pengerang (PISP) yang dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 5 petang kecuali Isnin.

"Penduduk boleh mendapatkan maklumat dan bertanyakan soalan mengenai projek pembangunan industri minyak dan gas serta penempatan di pusat tersebut. Di samping itu, penduduk juga boleh mengemukakan cadangan dan pandangan mereka dengan mengisi borang maklum balas yang disediakan PISP," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan persidangan kelima Dewan Undangan Negeri Johor kali ke-12, di sini hari ini ketika menjawab soalan Dr Boo Cheng Hau (DAP-Skudai) yang mahukan penjelasan berhubung bayaran pampasan kerajaan kepada penduduk untuk pengambilan tapak kediaman.

Abdul Ghani berkata dua kawasan penempatan semula dikenal pasti iaitu fasa pertama di atas lot PTD4589 dan PTD4590, Mukim Pantai Timur Pengerang yang berkeluasan 154.8 hektar.

Beliau berkata kawasan yang dijangka akan mula diduduki pada Mac tahun depan itu memuatkan 1,000 unit rumah yang dilengkapi sistem kumbahan bersepadu, tangki air menegak, sekolah rendah dan menengah, masjid, balai polis dan sebagainya.

"Penempatan semula penduduk untuk fasa dua akan dibuat di kawasan Punggai yang berkeluasan 308 hektar dengan konsep penempatan itu mengekalkan kembali kejiranan sedia ada," katanya.

Abdul Ghani berkata setiap tapak rumah akan berkeluasan 6,000 kaki persegi dengan bayaran nominal RM1 dan kerajaan akan membina tiga jenis rumah gantian di kawasan penempatan semula penduduk berkenaan.

Katanya rumah berkeluasan 1,000 kaki persegi berharga RM65,000, 1,300 kaki persegi (RM85,000) manakala 1,600 kaki persegi (RM105,000) dan penduduk mempunyai pilihan untuk memilih keluasan yang mereka kehendaki berdasarkan kemampuan masing-masing.

Mengenai nelayan di sekitar kawasan terlibat, Abdul Ghani berkata hanya bayaran dalam bentuk sagu hati telah dibayar setakat ini atas dasar terjejasnya mata pencarian golongan berkenaan.

Beliau berkata pelbagai perancangan dan bantuan telah dirancang untuk membantu mereka termasuk menyediakan pusat perikanan baru di Sungai Musoh selain memberikan program latihan dan menaik taraf nelayan pesisir pantai kepada nelayan laut tengah dan laut dalam.

"Pembangunan industri minyak dan gas banyak memberi rezeki baru untuk penduduk Pengerang termasuk limpahan pekerjaan. Oleh itu, penduduk perlu merebut peluang yang boleh diraih. "Kerajaan Johor dengan kerjasama jabatan dan agensi pembangunan usahawan juga sedang mengaturkan program keusahawanan seperti program satu kampung satu industri dan mewujudkan pusat pengumpulan industri kecil dan sederhana bagi membimbing penduduk menyertai bidang keusahawanan," jelasnya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan