Jangan Guna Nama Saya Sokong Lynas - Che Rosli

Diterbitkan: Isnin, 25 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Saintis PAS, Dr Che Rosli Che Mat mahu semua pihak termasuk wakil rakyat Barisan Nasional (BN) agar tidak mengaitkan kononnya beliau menyokong pembinaan projek kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Hulu Langat mendakwa namanya digunakan secara berleluasa tanpa kebenaran bagi tujuan promosi semata-mata mahu meyakinkan rakyat tentang projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP).

"Saya tak izinkan nama saya digunakan dalam kenyataan untuk pertahankan Lynas. Saya hanya berikan pandangan sebagai seorang saintis sahaja.

"Saya tak benarkan sama ada Ahli Parlimen BN atau mana-mana pihak yang menyokong Lynas gunakan nama saya untuk katakan Lynas itu selamat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Selain itu Che Rosli yang juga pakar nuklear menegaskan beliau akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya masih ada pihak yang menggunakan namanya demi kepentingan tertentu dalam isu Lynas yang mendapat bantahan pembangkang.

"Sekarang ini ada pin baju yang menggunakan gambar saya dengan slogan kami sokong Lynas.

"Semua sebaran seperti kartun, kemeja-T serta pin baju itu dibuat tanpa persetujuan saya.

"Saya tak pernah minta nama saya digunakan untuk menjelaskan kebaikan atau mengesahkan Lynas itu selamat.

"Sekiranya ada yang gunakan juga, saya akan ambil tindakan undang-undang," katanya.

Bagaimanapun Che Rosli sekali lagi mengakui beliau bersetuju dengan laporan bahawa kadar radiasi projek Lynas berada pada tahap yang rendah.

"Saya akui tahap radiasinya memang rendah. Tapibukan bermakna saya buat persetujuan bahawa Lynas itu selamat.

"Banyak lagi faktor-faktor lain yang perlu diberi perhatian seperti pengurusan sisa projek itu nanti," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan