Golongan Yang Bertindak Melampau Isu Tarian Tor-Tor Tidak Faham Sejarah - Speaker Indonesia

Diterbitkan: Isnin, 25 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan kekerasan yang membabitkan kepentingan Malaysia di Indonesia kebelakangan ini tidak menggambarkan pendirian kerajaan serta 240 juta rakyat republik itu secara khusus, kata Speaker Dewan Perwakilan Republik Indonesia Dr Marzuki Alie.

Beliau berkata golongan yang bertindak melakukan kekerasan dan menimbulkan komen-komen provokatif berhubung isu tarian Tor Tor masyarakat Mandailing baru-baru ini sebenarnya adalah golongan yang tidak faham tentang sejarah.

"Indonesia masih membangun, sedikit sekali yang faham tentang sejarah bagaimana rakyat Indonesia berhijrah ke Malaysia sehingga menjadi warganegara Malaysia dan mereka tentunya mahu pertahankan budaya yang dibawa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di bangunan Parlimen, Isnin.

Marzuki berkata golongan yang faham tentang sejarah tentunya tidak akan bertindak sedemikian kerana mereka sememangnya sedar bahawa masyarakat Mandiling di Malaysia juga berasal dari Indonesia yang berhijrah ke negara ini sejak ratusan tahun lalu.

Marzuki mengulas tindakan sekumpulan penunjuk perasaan yang merusuh di luar Kedutaan Besar Malaysia dan di hadapan Wisma Malaysia di Menteng, Jakarta sebagai membantah cadangan Malaysia untuk mengiktiraf tarian Tor-tor dan paluan Gordaang Sembilan sebagai warisan masyarakat Mandailing di Malaysia.

Menurut Marzuki, penjelasan lanjut mengenai isu itu perlu dibuat untuk mengelakkan hubungan Jakarta-Kuala Lumpur terjejas.

"Kalau ini dijelaskan secara terbuka, tidak akan timbul persoalan yang akan menjejaskan hubungan kedua-dua negara, rakyat dengan rakyat antara Malaysia dengan Indonesia," jelasnya.

Pada Ahad, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia sama sekali tidak dapat menerima tindakan kekerasan yang membabitkan kepentingan negara ini di Indonesia dan komen-komen provokatif yang dilakukan oleh beberapa pihak di Indonesia kebelakangan ini.

Anifah berkata tindakan kekerasan oleh sekumpulan penunjuk perasaan yang dikatakan mewakili Pemuda Pancasila di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan dan di hadapan Wisma Malaysia di Menteng, Jakarta, pada 22 Jun lepas, merupakan tindakan yang boleh dikecam.

Begitu juga, katanya, komen provokatif oleh seorang anggota Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia dalam program 'Neo Democrazy' siaran Metro TV pada 21 Jun lalu.

Mengulas pertemuan yang berlangsung selama hampir sejam itu, Marzuki berkata ia antara lain bertujuan membincangkan mengenai hubungan dua hala Indonesia dan Malaysia yang menurutnya semakin hari semakin baik dan berada dalam keadaan harmoni. Namun, katanya, masih terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki dan adalah menjadi tanggungjawab anggota Parlimen kedua-dua negara untuk melakukannya.

Selain itu, Marzuki yang juga Presiden Asian Parliamentary Assembly (APA) berkata pertemuan itu juga dibuat bagi mendapatkan sokongan Malaysia terhadap beberapa usul yang akan dibangkitkan oleh Indonesia pada mesyuarat sekretariat APA yang dijadual berlangsung di Jakarta, bulan depan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan