Buku Tentang 11 Agenda Islam Koleksi Ucapan PM Dilancar

Diterbitkan: Isnin, 25 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin melancarkan buku yang mengandungi 11 agenda Islam yang dirangka kerajaan sepanjang tiga tahun mentadbir negara.

Buku bertajuk 'Agenda Islam Dalam Transformasi Negara', setebal 232 muka surat itu mengandungi koleksi ucapan dan perutusan Perdana Menteri mengenai isu berkaitan agama Islam.

Dalam pendahuluan buku itu, Najib berkata buku itu mengandungi agenda dan mesej yang berguna untuk ditatapi dan difahami oleh segenap lapisan rakyat di negara ini.

"Sememangnya tempoh tiga tahun begitu pantas melakarkan ceritanya. Bermula kerajaan yang dipimpin oleh saya ini, yang merintis perjalanannya berteraskan transformasi dalam sistem pentadbiran negara.

"Dari saat itu juga, saya meneruskan pemerkasaan agenda Islam di dalam pentadbiran kerajaan. Sejak itu, pelbagai pihak sentiasa cuba menunggu, memerhati dan memantau setiap inci tutur kata, ucapan dan tindakan saya," katanya.

Beliau juga berkata semenjak menerajui pentadbiran negara, beliau amat komited dan bertanggungjawab untuk memartabatkan warga agama ini dan sentiasa memastikan mereka bersama-sama kerajaan dalam arus pembangunan negara.

"Sedutan ucapan saya ini adalah nyata. Kisah benar perjalanan saya sepanjang menerajui pentadbiran negara ini.

"Apa yang terdenyut di hati dan terdetik di dalam minda saya, itulah yang saya ungkapkan lewat ucapan dan perutusan saya dengan dibantu isi kandungannya oleh saudara Jailani Ngah, Setiausaha Politik saya," katanya.

Buku tersebut yang diterbitkan oleh Sekretariat Ulama-Umara (UMUM) dan Yayasan 1Ummah turut dilengkapi dengan gambar-gambar menarik dan keratan-keratan akhbar.

Perdana Menteri juga berharap buku itu akan memberi maklumat yang jelas, panduan dan sumber rujukan kepada masyarakat tentang hala tuju dan inisiatif kerajaan dalam mendukung agenda agama Islam di bawah transformasi negara.

Najib dalam majlis yang sama turut melancarkan dua buku hasil tulisan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim iaitu 'Moderat' dan 'Langit Terbuka'.

Dalam ucapan pelancaran buku tersebut, Najib berkata beliau tertarik dengan buku 'Moderat' yang mengetengahkan konsep kesederhanaan atau 'Wasatiyyah', yang telah menjadi intipati kepada Gagasan 1Malaysia dan matlamat perpaduan nasional.

"Pendekatan moderat ini telah mendapat pengiktirafan di pentas antarabangsa.

"Dalam pertemuan saya dengan pemimpin-pemimpin dunia yang lain, mereka sering melahirkan rasa kagum dan memuji keunikan Malaysia.

"Hari ini, Malaysia telah tersenarai antara 20 negara paling aman di dunia dan ni dimungkinkan oleh sikap rakyat kita yang moderat atau sederhana," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan