Aset RM3 Bilion: Anwar Fail Notis Tuntut Mohon Maaf - Berita Semasa | mStar

Aset RM3 Bilion: Anwar Fail Notis Tuntut Mohon Maaf

Diterbitkan: Isnin, 25 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan proses perundangan apabila memfailkan notis tuntutan permohonan maaf terhadap akhbar The New Straits Times dan Berita Harian ekoran penyiaran berita skandal pemilikan aset sejumlah RM3 bilion.

Menerusi tuntutan 24 jam yang difailkan pada Isnin (25 Jun) melalui Tetuan Edwin Lim Suren & Soh, Ketua Pembangkang itu mahu kedua-dua akhbar milik Kumpulan Syarikat The New Straits Time Press (Malaysia) Berhad itu menyiarkan permohonan maaf sama dalam akhbar terbabit.

Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa berkata sekiranya kedua-dua akhbar itu gagal menjawab tuntutan berkenaan dalam tempoh 24 jam, pihaknya tidak teragak-agak untuk meneruskan saman fitnah terhadap isu itu.

Tutuntan berkenaan dibuat ekoran penyiaran artikel di muka depan kedua-dua akhbar itu bertarikh 21 Jun yang mendakwa Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mengarahkan bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegahan Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris membuat Akuan Bersumpah (SD) agar tidak mengaitkannya dalam siasatan skandal berkenaan yang dibuat badan itu pada 1999.

Sebelum ini Anwar mengedarkan kepada media salinan SD Abdul Razak bertarikh 10 November 2010 yang menyatakan siasatan bagi kes berkenaan ditutup kerana tiada kes.

Anwar pada persidangan Dewan Rakyat minggu lalu menafikan dakwaan tersebut malah mencabar SPRM agar menjalankan siasatan semula bagi kes berkenaan.

Kira-kira 13 tahun lalu, bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid dilaporkan mendakwa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan