Virus H1N1: Dua Pelatih PLKN Masih Dirawat Di Hospital

Diterbitkan: Ahad, 24 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hanya dua daripada 18 pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) masih dirawat di hospital kerana jangkitan virus influenza A (H1N1), kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata baki 16 pelatih telahpun sihat dan mereka telah pulang ke kem latihan masing-masing bagi meneruskan latihan seperti biasa.

"Kita sentiasa memantau keadaan kem latihan dari semasa ke semasa bagi memastikan kem latihan bebas daripada virus H1N1," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Tentera yang ke-47, di Kem Sungai Buloh di sini Ahad.

Pada 13 Jun lepas, 18 pelatih di kem Dusun Resort, Kuala Nerang dimasukkan ke hospital Kuala Nerang kerana jangkitan H1N1 manakala 78 orang lagi dikuarantin dalam blok khas kem kerana menunjukkan tanda-tanda jangkitan H1N1.

Sementara itu ketika ditanya pemberita mengenai cadangan mewajibkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia menyertai PLKN, Zahid berkata perkara itu akan diteliti dan dikaji oleh kerajaan terlebih dahulu.

"Kita lihat dari pelbagai aspek dan kena lihat juga dari keseimbangan kewangan negara, secara ideal saya rasa ia patut dilakukan tetapi secara praktikal kita kena lihat dulu kemampuan kewangan negara," katanya.

Zahid berkata apa yang cuba dilakukan oleh kerajaan pada masa kini ialah menerapkan seramai 620,000 bekas pelatih PLKN untuk menjadi badan sukarelawan supaya segala bentuk ilmu dan latihan yang dipelajari mereka dapat dipraktikkan.

Beliau menambah pihak kabinet memperuntukkan RM11 juta pemberian elaun kepada alumni PLKN yang bergiat aktif dalam badan sukarelawan.

"Kita akan mendaftarkan sebahagian alumni ini untuk bergiat aktif di setiap peringkat badan sukarela dan ini merupakan apa yang ingin dilakukan kerajaan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan