SPRM Masih Jalankan Siasatan Terhadap AKSB

Diterbitkan: Ahad, 24 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih meneruskan siasatan terhadap Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) berhubung dakwaan kononnya berlaku penyelewengan melibatkan peruntukan kerajaan pusat untuk program bekalan air bersih di negeri itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Mohd Shukri Abdul berkata pihaknya masih menjalankan siasatan berpandukan fakta dan bukannya berdasarkan kepada cakap orang.

"Siasatan ini tidak boleh ada jangka masa, apabila siasatan itu siap lengkap, kita akan maklumkan," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Kompleks Pejabat SPRM Negeri Kelantan oleh Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, di sini Ahad.

Mohd Shukri berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan siasatan terhadap laporan yang dibuat Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) kepada SPRM pada 20 Mac lepas, berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam syarikat tersebut yang melibatkan peruntukan kerajaan pusat untuk program bekalan air bersih di negeri itu.

Beliau berkata apabila pihaknya menyiasat sesuatu kes dan sekiranya tidak dibawa ke mahkamah, bukan bermakna tiada kes tetapi mungkin disebabkan tidak cukup bukti.

Mengenai tindakan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin yang menghantar surat agar sebuah firma guaman yang mempunyai hubungan keluarga dengannya dipertimbangkan sebagai panel peguam di Permodalan Negeri Selangor Berhad, Mohd Shukri berkata pihaknya sedang meneliti perkara tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan