Malaysia Negara Mesra Belia - Ahmad Shabery

Diterbitkan: Ahad, 24 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia merupakan negara mesra belia dengan memberi peluang dan kebebasan tersangat luas bagi golongan itu meluah perasaan serta mempamer kebolehan mereka, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata Himpunan Jutaan Belia yang diadakan setiap tahun dengan menyajikan lebih 530 acara dan aktiviti untuk kepentingan belia, jelas membuktikan kerajaan Malaysia amat prihatin terhadap masa depan golongan itu, selain begitu mesra dalam mendapatkan pandangan dan idea demi kebaikan mereka.

"Tidak ada negara di dunia ini melainkan Malaysia yang membenarkan kota pentadbiran dipinjam sehingga lima hari untuk kepentingan golongan belia. Lebih 2.4 juta belia berhimpun dan mengadakan pelbagai aktiviti.

"Ia sememangnya memberi kebanggaan besar kepada rakyat," katanya ketika berucap pada majlis Penghargaan Petugas-Petugas Hari Belia Negara 2012 di Dataran Gemilang di sini, Ahad.

Turut hadir Timbalan Menteri Datuk Razali Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Mohid Mohamed serta Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf.

Ahmad Shabery berkata kerajaan juga sedia mendapatkan pandangan, idea dan input daripada golongan itu bagi menjenamakan sambutan Hari Belia Negara sebagai Festival Belia Putrajaya yang setaraf festival terkemuka dunia.

Beliau berkata karnival tahunan yang diadakan sempena sambutan Hari Belia Negara, meskipun mencapai status berprestij sebagai karnival belia terbesar di Asia, pelbagai pembaharuan perlu dilakukan bagi menarik kehadiran lebih ramai golongan itu serta orang ramai.

"Kita mahu melihat festival ini sebagai satu jenama untuk negara seperti Festival Songkran untuk Thailand dan festival tarian Samba untuk Brazil.

"Malaysia memerlukan satu festival besar, yang diadakan setiap tahun, kita akan melakukan kajian dan meminta pandangan pelbagai pihak untuk menjayakan festival ini," katanya.

Beliau juga gembira sambutan tahun ini mendapat pujian jemaah menteri serta membantu menjana pendapatan pelbagai pihak. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan