Majlis Peguam Didakwa Takut Dengan Penubuhan Akademi Undang-Undang

Diterbitkan: Ahad, 24 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam pada Ahad dibidas kerana menolak penubuhan Akademi Undang-Undang yang dicadangkan kerajaan atas alasan akademi itu akan melanggar prinsip keadilan di negara ini.

Seorang peguam bela dan peguam cara, Nordin Yusoff mendakwa Majlis Peguam sebenarnya gentar dengan penubuhan Akademi Undang-Undang itu kerana akademi itu apabila ditubuhkan nanti akan menghimpunkan golongan akademik, bekas hakim serta pemegang ijazah undang-undang di bawah satu persatuan.

"Mereka (Majlis Peguam) takut jika akademi berkenaan ditubuhkan maka ramai ahli majlis itu akan lari meninggalkan mereka kerana anggota yang ada sekarang pun ramai yang tidak sehaluan dan tidak berpuas hati dalam segala tindakan yang mereka ambil," katanya kepada Bernama di sini.

Semalam Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee menolak penubuhan Akademi Undang -Undang dengan menyifatkannya bukan keperluan sama ada para peguam, ahli akademik atau bekas hakim.

Nordin mendakwa Majlis Peguam yang ada pada hari ini gagal melaksanakan peranan mereka sebagai badan profesional yang benar-benar mewakili kehendak ahlinya dan hanya mengutamakan kepentingan peribadi.

Oleh itu, katanya telah tiba masanya sebuah badan alternatif yang mewakili suara peguam ditubuhkan bagi menjalankan amalan guaman serta menjaga kebajikan peguam di negara ini dengan lebih telus dan profesional.

"Majlis Peguam tidak menjalankan peranan mereka sebagai badan profesional kerana lebih cenderung memihak kepada pembangkang sebagai contoh dengan menyertai dan menyokong perhimpunan haram Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara pada 28 Feb lepas.

"Secara tidak langsung dengan penglibatan Majlis Peguam pada perhimpunan haram berkenaan ia telah memburukkan imej kami ahli majlis yang majoritinya tidak terlibat dalam menyokong aktiviti tersebut," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan