Jangan Taruh Harapan Pada Pembangkang - PM

Diterbitkan: Ahad, 24 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LANGAT: Rakyat tidak boleh berharap kepada pembangkang untuk menentukan masa hadapan mereka kerana pembangkang mengamalkan nilai buruk iaitu janji tidak perlu ditepati, budi tidak perlu dihargai dan hutang tidak perlu dibayar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata janji pembangkang tidak ditepati kerana ia merupakan janji politik manakala budi tidak perlu dihargai kerana mereka merasa sakit hati melihat bantuan demi bantuan yang dihulurkan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat.

Pembangkang juga mencadangkan kepada rakyat supaya hutang tidak perlu dibayar dan ini merupakan nilai buruk pembangkang kerana hutang wajib dibayar menurut ajaran Islam, katanya semasa berucap melancarkan Program PDK (Pemulihan Dalam Komuniti) Ku Sihat peringkat kebangsaan di Kampung Sungai Bumbun di sini, Sabtu.

"BN boleh tentukan masa depan yang penuh harapan untuk rakyat Malaysia khususnya di Selangor. Saya percaya Parlimen Kuala Langat boleh dimiliki semula oleh Barisan Nasional," katanya.

Mengenai program hari ini, Najib berkata kerajaan mengambil berat tentang kesihatan keseluruhan rakyat Malaysia termasuk golongan kurang upaya (OKU) menerusi program PDK Ku Sihat anjuran BAKTI, Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia dan Yayasan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Perdana Menteri berkata melalui program itu, Kementerian Kesihatan akan melakukan lawatan ke semua PDK seminggu atau sebulan sekali.

Oleh itu, beliau berharap para ibu bapa yang mempunyai anak daripada golongan OKU supaya jangan malu untuk mendaftarkan anak mereka supaya dapat diberi bantuan menerusi Program PDK Ku Sihat.

"Mereka (Kementerian Kesihatan) akan buat pemeriksaan kesihatan, fisioterapi, mereka akan beri ceramah mengenai penjagaan kesihatan, pencegahan dan lain-lain lagi," katanya.

Buat masa ini, beliau berkata terdapat lebih 20,000 orang OKU yang berdaftar daripada 428 PDK di seluruh negara.

Najib berkata OKU memerlukan bantuan dan pertolongan supaya mereka boleh menjalani kehidupan dengan nilai maruah diri yang boleh mereka banggakan dan bukannya hendak menagih simpati sepanjang hidup.

Najib juga berkata kerajaan memberi perhatian berat kepada kesihatan rakyat di mana sejumlah 145 hospital awam, 2,800 klinik kesihatan disediakan dan yang mutakhir 103 Klinik Rakyat 1Malaysia yang akan ditambah lagi sebanyak 65 buah.

Beliau berkata tiada negara yang menyediakan perkhidmatan rawatan klinik kerajaan dengan bayaran RM1 dan bagi rawatan dan pemeriksaan doktor pakar ialah RM5 manakala rawatan bagi mereka yang berusia 60 tahun ke atas dan OKU adalah percuma.

Perdana Menteri berkata menerusi Program Jalinan Murni Yayasan 1MDB, sejumlah 1,257 ketua isi rumah daripada masyarakat setempat akan mendapat bantuan daripada yayasan itu dalam bentuk bakul makanan yang mengandungi barangan seperti susu tepung, tepung gandum, milo, sardin, multivitamin, vitamin C dan juga ubat cacing.

Sementara itu, katanya anak-anak Orang Asli dan pelajar-pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil dari kawasan setempat diberi bantuan pakaian seragam sekolah, pakaian sukan, buku nota, buku lejar dan wang saku RM100 seorang.

Kesemua bantuan Yayasan 1MDB yang disampaikan hari ini bernilai RM800,000.

Najib berkata kerajaan juga telah meluluskan peruntukan RM2.6 juta bagi menyediakan bekalan air dan elektrik untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Carey berikutan permohonan yang disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang juga bekas guru sekolah itu, selepas mesyuarat Kabinet semalam.

Perdana Menteri berkata beliau akan berunding dengan Kumpulan Sime Darby supaya satu kawasan dapat disediakan di Pulau Carey bagi memenuhi permintaan masyarakat India yang memohon tanah untuk didirikan rumah kediaman.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI), Noh, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Presiden MIC Datuk G.Palanivel, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Timbalan Menteri Kewangan yang juga Pengerusi MCA Selangor Datuk Donald Lim. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan