Isu Tor-tor: Pemimpin BN, Pakatan Kutuk Serangan Ke Atas Kedutaan Malaysia Di Indonesia

Diterbitkan: Ahad, 24 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik bersatu hati membidas serangan yang dilakukan penunjuk perasaan terhadap kedutaan Malaysia di Jakarta dalam satu bantahan berhubung kontroversi membabitkan tarian Tor-tor.

Pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat mengkritik tindakan kira-kira 50 rakyat Indonesia yang mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Malaysia, membakar bendera Malaysia dan membaling telur ke dalam kawasan kedutaan.

Kumpulan tersebut yang menyerang seorang pengawal keselamatan di Malaysia Hall dan melontar batu dan batang kayu ke bangunan tersebut marah terhadap Malaysia yang mendakwa Tor-tor dan Gordang Sambilan adalah sebahagian daripada warisan negara ini.

Menurut kumpulan itu, tarian dan paluan dram tradisional tersebut popular di kalangan suku kaum Mandailing di Sumatera Utara, Indonesia dan beberapa kawasan di Malaysia merupakan tradisi milik negara berkenaan.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, serangan ke atas kedutaan Malaysia di Indonesia berlaku secara bermusim dan setiap kali ketika Indonesia mempunyai isu dengan negara ini.

"Kementerian Luar kita perlu menghantar nota bantahan kepada Indonesia dan meminta jaminan berhubung tahap keselamatan kakitangan dan harta benda di pejabat kedutaan," katanya.

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Chor Chee Heung mahu tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa Indonesia terhadap insiden serupa yang pernah berlaku sebelum ini.

Walaupun serangan itu tidak menjejaskan hubungan Malaysia-Indonesia, Jakarta seharusnya menangani insiden ini secara efektif agar ia tidak berulang lagi.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau tidak memahami tindakan segelintir penunjuk perasaan itu kerana Malaysia dan Indonesia mempunyai banyak persamaan dari segi warisan budaya.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata, insiden tersebut tidak boleh diterima walaupun beliau adalah keturunan Mandailing.

"Serangan terhadap pejabat kedutaan tidak boleh disokong, saya mengutuk tindakan itu," katanya.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, Malaysia dan Indonesia perlu mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan setiap hak pemilikan kebudayaan masing-masing.

Indonesia tidak patut membenarkan insiden seperti itu berlaku setiap masa jika berlaku percanggahan mengenai sesuatu perkara, katanya.

Sementara itu, bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang terlibat dalam mewujudkan hubungan persatuan wartawan Malaysia-Indonesia berkata, dia terkejut dengan serangan tersebut.

"Ini adalah tindakan segelintir pihak yang cetek pemikiran. Mereka akan cuba membesar-besarkan sesuatu isu yang kecil," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan