Demo 24 Jam Anti-Lynas Bermula di Kuantan

Diterbitkan: Ahad, 24 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Penyokong demonstrasi anti-Lynas turut membawa sepanduk dan kain rentang membantah pembinaan kilang Lynas
Penyokong demonstrasi anti-Lynas turut membawa sepanduk dan kain rentang membantah pembinaan kilang Lynas

KUANTAN: Demonstrasi yang diadakan selama 24 jam bagi membantah pembinaan kilang memproses nadir bumi (Lynas) bermula dengan para penyokong membawa kalungan bunga dan sepanduk di pantai Balok di sini, Sabtu.

Penganjur acara Balok-Gebeng itu dimulakan dengan ucapan oleh pemimpin Himpunan Hijau.

Turut hadir ialah Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngahm Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS, Dr Dzulkeflu Mohamad Omar, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tras, Choong Siew onn dan Adun Beserah, Syed Mohammed Tuan Lonnik dan aktivis, Hishammuddin Rais.

Penyokong kemudiannya mula bergerak ke arah pantai dan meletakkan ratusan sepanduk dan keranda olok-olok di atas kain rentang yang sangat besar bagi menggambarkan kilang penapisan nadir bumi Lynas yang terletak berdekatan dengan tempat tersebut.

Rali berkenaan dijangka akan berakhir apabila kumpulan berkenaan berkumpul di hadapan kilang Lynas di Gebeng pada Ahad.

Pengerusi perhimpunan itu, Wong Tack berkata, sepanduk gergasi akan dibakar sebagai membantah pembinaan kilang Lynas.

Wong turut mencabar pihak berkuasa untuk mengeluarkan lesen operasi sepenuhnya dengan segera jika yakin projek itu selamat.

Ia merupakan perhimpunan anti-Lynas keempat dianjurkan oleh Himpunan Hijau dalam tempoh kurang setahun.

Ketua Polis negeri, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata, demonstrasi itu diadakan di kawasan persendirian dan penunjuk perasaan tidak mencetuskan huru-hara.

Bagaimanapun, beliau berkata peserta tidak dibenarkan untuk berkumpul di Gebeng.

"Mereka tahu undang-undang dan kami telah menasihati mereka," katanya.

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) pada Selasa lalu memberi lampu hijau kepada syarikat tersebut untuk memperoleh lesen pengendalian sementara (TOL) kerana ia telah memenuhi segala keperluan ditetapkan.

Difahamkan, lesen tersebut akan dikeluarkan kepada Lynas sebelum penghujung tahun ini untuk memulakan operasi secara secara berperingkat dan dikawal selia agensi penguatkuasa.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan