BN Mampu Tangani Kesan Kelembapan Ekonomi - Tengku Razaleigh

Diterbitkan: Ahad, 24 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yakin kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) mampu menangani kesan akibat kelembapan ekonomi di beberapa negara maju, termasuk Amerika Syarikat, Eropah dan China.

Beliau berkata kerajaan bijak mengawal perbelanjaan negara dengan mengambil kira pelbagai aspek berkaitan perdagangan ke negara maju terbabit.

Berikutan itu, katanya, Malaysia perlu mengambil langkah untuk berdepan kemungkinan kelembapan ekonomi turut merebak ke negara lain.

"Kita tidak boleh lari daripada pergantungan eksport dua hala dengan negara maju berkenaan, dan jika ekonomi mereka merudum, maka kita juga perlu bersedia menghadapinya," katanya ketika berucap pada sambutan Hari Guru, Himpunan Guru dan Penyampaian Anugerah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Peringkat Parlimen Gua Musang di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra Satu di sini, Sabtu.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Mat Yusoff Ab Ghani, ADUN Paloh Datuk Nozula Mat Diah dan ADUN Galas Ab Aziz Yusof.

Tengku Razaleigh, yang juga bekas Menteri Kewangan, percaya kepimpinan sedia ada di negara ini sudah membuat penelitian dan melakukan persiapan bagi menghadapi situasi tekanan ekonomi.

Setakat ini, katanya, kerajaan mampu melaksanakan pelbagai projek pembangunan untuk faedah rakyat kerana masih mempunyai kewangan yang kukuh walaupun mengetahui kemerosotan ekonomi negara maju.

Dalam pada itu, beliau menasihati rakyat supaya bersedia dengan memperbaiki kedudukan perbelanjaan dan tidak boros. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan