Bantuan Dan Peruntukan Kerajaan Bukan Menguntungkan Satu Pihak Sahaja - PM

Diterbitkan: Ahad, 24 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebarang peruntukan dan bantuan yang diberi oleh kerajaan tidak seharusnya dilihat sebagai menguntungkan satu pihak sahaja, memandangkan kerajaan akan membantu mereka yang patut dibantu tanpa mengira bangsa atau agama.

"Kita juga perlu melihat bahawa penglibatan kita dan apa-apa yang kita beri pertolongan itu tidak seharusnya dianggap sebagai menguntungkan satu pihak sahaja.

"Di Malaysia, pada dasarnya kita mempunyai kekayaan dan sumber yang cukup untuk kami mewujudkan dasar yang adil, saksama dan inklusif," katanya ketika berucap pada Dialog Belia Cina Malaysia di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya di sini, Ahad.

Najib berkata rakyat juga tidak seharusnya melihat keadilan sosial dalam lingkungan kontek kerangka minda yang berlandaskan kepada perspektif yang menguntungkan satu pihak.

"Jika kita berpegang kepada perspektif yang menguntungkan satu pihak, ini bermakna kita tidak boleh menentukan sendiri rakyat yang patut menerima bantuan. Sebagai contoh, kami mahu membasmi kemiskinan, dan ada dalam kalangan orang Melayu, Cina serta Kadazan yang miskin.

"Kami mahu membantu kalangan yang berpendapatan rendah dan mereka yang memerlukan bantuan tanpa mengira sama ada daripada kaum Melayu, Cina atau lain-lain.

"Sebab itulah apabila kami memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kami beri kepada semua kaum, kriterianya ialah mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, kami akan bantu dan kami membantu setiap rakyat Malaysia yang patut menerima bantuan," katanya.

Najib berkata tiada siapapun yang boleh mempertikaikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara berjaya yang akan mencapai cita-citanya untuk menjadi negara maju pada tahun 2020 disebabkan kepelbagaian budayanya.

"Tiada negara lain di dunia yang memiliki kelebihan unik ini seperti yang ada di Malaysia. Disebabkan warganegara daripada kaum Cina, kami boleh mewujudkan hubungan yang sangat akrab dengan China dan menerusi hubungan dengan negara Islam, kami juga mempunyai hubungan yang amat baik dengan dunia Arab dan negara Islam secara keseluruhannya" katanya.

Sementara itu, semasa sesi soal jawab, Najib menggesa masyarakat Cina agar terus menyokong calon MCA dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya mereka mahu pandangan mereka disuarakan dalam Kabinet.

"Mesej saya kepada anda ialah tolong beri sokongan kepada anggota Kabinet daripada MCA, kerana MCA berusaha keras untuk mendekati kaum Cina. Jika anda mahu pandangan anda didengar oleh kerajaan, maka tolong pilih calon MCA juga," katanya semasa menjawab soalan sama ada kerajaan akan memperuntukkan wakil daripada MCA sebagai anggota Kabinet sekiranya parti itu kalah banyak kerusi dalam pilihan raya umum akan datang.

Najib berkata paling penting sekarang ialah semua parti dalam gagasan Barisan Nasional (BN) perlu memberi sepenuh tumpuan untuk memenangi pilihan raya dan bekerja keras untuk membentuk sebuah kerajaan yang kuat.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan