210 Lepas SPM, STPM Kumpulan Pertama Terima Biasiswa YPPB

Diterbitkan: Ahad, 24 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGKAI: Seramai 210 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) adalah kumpulan pertama yang terpilih untuk menerima biasiswa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) yang dilancarkan akhir tahun lepas.

Setiap pelajar akan menerima biasiswa antara RM100,000 hingga RM300,000 untuk sepanjang pengajian mereka di institusi pengajian tinggi yang akan bermula bulan depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata YPPB ditubuhkan bertujuan memberi laluan kepada pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara.

"Kerajaan sedar terdapat pelajar yang cerdas, tidak berpeluang untuk menggilap potensi mereka disebabkan wujudnya kekangan persekitaran, seperti kemiskinan keluarga, keadaan rumah yang kurang sesuai dan ketiadaan akses kepada kemudahan pembelajaran," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Kemuncak Jelajah Aspirasi 2012 dan penyampaian surat tawaran biasiswa YPPB kepada pelajar terpilih di sini Ahad.

Nor Mohamed berkata kerajaan bertekad untuk memastikan kedaifan hidup tidak menjadi penghalang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

"Pendidikan merupakan platform anjakan ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga, membasmi kemiskinan dan menjamin masa depan yang lebih cerah untuk bangsa dan negara kita," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan