10,000 Berhimpun Sokong Lynas

Diterbitkan: Ahad, 24 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Pahang Mendukung Agenda Untuk Nasional (DAUN) berjaya menarik kira-kira 10,000 orang untuk berhimpun di Teluk Cempedak di sini Sabtu bagi menyokong usaha dan dasar kerajaan berhubung kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng di sini.

Penyelaras DAUN Wan Emril Nizam Wan Embong berkata antara program yang dilaksanakan dalam perhimpunan itu yang berlangsung dari awal pagi hingga tengah malam tadi adalah menanam pokok yang diberi nama Lynas sebagai gimik sokongan.

Aktiviti lain ialah senaman, persembahan kebudayaan, meditasi alam dan penerangan mengenai operasi kilang Lynas Malaysia Sdn Bhd menerusi skrin besar, katanya kepada pemberita di sini.

"Tujuan utama penganjuran adalah untuk menyampaikan sokongan terhadap pembinaan kilang Lynas yang telah diperjelaskan oleh pakar-pakar berhubung tahap keselamatannya.

"Dan majoriti yang hadir merupakan golongan muda dari serata pelosok tanpa dinaungi atau didalangi oleh mana-mana parti politik," katanya.

Katanya DAUN juga akan ke sekolah, kawasan rukun tetangga dan lain-lain tempat untuk memberi penerangan dan ceramah dan mengedarkan buku penerangan mengenai operasi kilang Lynas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan