Senarai Pemintaan Rakyat Malaysia Bagi Bajet 2013

Diterbitkan: Sabtu, 23 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kadar cukai yang lebih rendah, kediaman selesa, barangan makanan dengan harga murah dan kemudahan pengangkutan yang lebih efisyen antara senarai permintaan rakyat Malaysia bagi Bajet 2013.

Kementerian Kewangan menerima 84 memorandum daripada pelbagai pihak, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu mengenai kertas cadangan untuk pembentangan Bajet memandangkan perbincangan pertama melibatkan 18 kumpulan utama diadakan minggu lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, antara permintaan popular adalah untuk mengurangkan kadar cukai pendapatan individu dan cukai korporat di mana ia akan dipertimbangkan.

"Kami sedang meneliti struktur cukai bersama-sama dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan berkuat kuasa tidak lama lagi," katanya.

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mengetengahkan lima isu utama dalam memorandumnya.

Ia berkaitan dengan harga barangan makanan, sistem pengangkutan awam, penjagaan kesihatan, persaingan perniagaan dan jenayah di kawasan bandar.

"Bagi menangani isu kenaikan harga makanan, kami mahu kerajaan meningkatkan pelaburan dalam sektor pertanian.

"Ia akan menjadikan ekonomi kita lebih mampan dan kurang bergantung kepada makanan import," kata Ketua Pegawai Eksekutif Fomca, Datuk Paul Selvaraj.

Beliau berkata, Fomca juga menuntut subsidi pengangkutan awam yang lebih baik berdasarkan skim yang diterima pakai oleh negara lain.

"Kerajaan perlu bertindak sebagai penyelia berbanding melibatkan diri secara langsung," katanya.

Bagi isu penjagaan kesihatan, Fomca mengesyorkan sistem sedia ada dikekalkan kerana ia berfungsi dengan baik.

"Kami berharap kerajaan menguatkuasakan Akta Persaingan 2012 untuk meliberalisasikan pasaran supaya harga akan menurun dan pengguna akan memperoleh manfaat daripadanya," katanya.

Akta tersebut menyekat perjanjian anti-persaingan dan penyalahgunaan kedudukan dominan di pasaran.

Beliau berkata, jenayah adalah isu utama yang perlu ditangani kerajaan terutamanya di kawasan bandar.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman berkata, mereka akan menghantar senarai tuntutan, awal bulan depan.

Katanya, Cuepacs akan menuntut harga rumah yang lebih rendah dan lebih banyak insentif diberikan kepada kakitangan awam.

Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) berkata, mereka lebih menumpukan kepada struktur kadar cukai di negara ini.

"Cukai korporat di Malaysia adalah pada kadar 25%, ia masih berada di tahap tertinggi jika dibandingan dengan negara lain.

"Kami menuntut pengurangan sekurang-kurangnya 20%," kata Pengarah Eksekutifnya, Shamsuddin Bardan.

Mengenai kadar cukai individu, beliau berkata, pengecualian cukai tidak perlu dihadkan kepada RM6,000 tetapi berdasarkan jumlah sebenarnya kerana ia akan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia meningkatkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka.

Shamsuddin berkata, syarikat-syarikat yang mengambil atau mengekalkan pekerja melebihi had umur persaraan juga perlu diberi ganjaran dengan faedah cukai.

"Orang ramai perlu digalakkan bekerja untuk tempoh jangka masa panjang kerana ia dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan