PM: Persoalan & Keraguan Mengenai Lynas Perlu Berasaskan Penemuan Saintifik

Diterbitkan: Sabtu, 23 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Seri Najib Tun Razak. Foto NORAFIFI EHSAN
Datuk Seri Najib Tun Razak. Foto NORAFIFI EHSAN

KUALA LUMPUR: Persoalan atau keraguan tentang Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) perlu berasaskan saintifik dan bukannya andaian atau kebimbangan tanpa asas, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa mengutamakan keselamatan penduduk dan kesannya kepada alam sekitar, malah bukti saintifik setakat ini tidak menimbulkan sebarang keraguan itu.

"Antara orang yang menyatakan dengan jelas bahawa Lynas satu perusahaan yang selamat ialah Dr Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Hulu Langat daripada parti PAS sendiri.

"Dia daripada PAS tetapi dia juga saintis dan pakar dalam bidang ini dan bercakap dengan yakin walaupun pendirian partinya lain. Dia nyatakan sebagai seorang saintis bahawa tiada gangguan keselamatan mengenai pelan di Lynas," kata Najib.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn di sini, pada Jumaat.

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai LAMP pada Selasa lalu memberi lampu hijau kepada syarikat tersebut untuk memperoleh lesen pengendalian sementara (TOL) kerana ia memenuhi segala keperluan yang ditetapkan.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata, siasatan mengenai tiga diplomat Singapura yang didakwa menghadiri perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu sedang dijalankan oleh Kementerian Luar.

"Kita mahu melihat kesahihan laporan tersebut sama ada mereka hadir sebagai pemerhati atau terlibat dalam demonstrasi. Faktor itu yang mesti kita tentukan," katanya lagi.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan