Pemilik Kelab Shanghai Shenhua Bercuti Di Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 23 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemilik kelab bola sepak Shanghai Shenhua, Zhu Jun.
Pemilik kelab bola sepak Shanghai Shenhua, Zhu Jun.

KUALA LUMPUR: Telefon bimbit pemilik kelab bola sepak Shanghai Shenhua, Zhu Jun tidak berhenti berdering sejak beliau dilaporkan berjaya mendapatkan khidmat penyerang sensasi Chelsea, Didier Drogba.

Wartawan sukan seluruh dunia cuba menghubunginya untuk sesi temu bual bagi mengetahui bagaimana beliau akan menggunakan sentuhan Drogba dan Nicolas Anelka dalam Liga Super China.

Zhu, bagaimanapun, sedang bercuti di sini dan mengadakan temu bual bersama The Star, Jumaat.

"Saya berhasrat untuk bercuti di Kuala Lumpur buat seketika," kata taikun permainan video berusia 45 tahun itu yang turut menikmati masakan Melayu dan durian, dua hari lalu.

Mengulas mengenai saingan bola sepak di China, ahli perniagaan itu berkata, China masih jauh ketinggalan berbanding liga Inggeris dan Sepanyol.

"Dengan membawa masuk nama-nama besar seperti Anelka dan Drogba serta pengurus baru, Sergio Batista, kami berharap dapat menyuntik keseronokan dan perhatian. Ia juga adalah satu cara untuk meningkatkan tahap kemahiran pemain di dalam kelab dan liga secara umumnya," katanya.

Beliau berkata, Shanghai Shenhua berharap dapat melakukan persembahan terbaik sekaligus memperbaiki kedudukan mereka selepas menamatkan saingan di tempat ke-11 daripada 18 pasukan musim lalu.

Zhu yang turut terkenal kerana kontroversi pengurusan Shanghai Shenhua merupakan pengasas The9Ltd, sebuah syarikat permainan video.

Pemilik kelab itu enggan mengesahkan pendapatan Drogba dan menganggap ia sebagai sulit walaupun ada laporan mengatakan bekas penyerang Chelsea itu mampu memperoleh pendapatan bernilai £25 juta (RM125 juta) untuk tempoh kontrak selama dua tahun.

"Kehadiran Drogba mampu meringankan beban pengurus dan Anelka yang berusaha memantapkan persembahan kelab itu," katanya.

Zhu turut memuji perkembangan pemain tengah Malaysia, Tam Sheang Tsung, 17, yang dibenarkan beraksi dalam kesebelasan utama kelab itu bulan lalu.

"Dia masih muda dan mempunyai potensi. Hanya satu kelemahannya adalah pemain barat lebih berusia dan memiliki fizikal yang kuat.

"Jika tidak, dia berlari dengan pantas dan saya menilai kemahirannya setaraf dengan pemain barat.

"Ada kemungkinan Tam akan beraksi menentang Manchester United dalam perlawanan persahabatan pada 25 Julai ini tetapi segalanya bergantung kepada keputusan pengurus," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan