Kualiti Udara Semakin Baik Di Seluruh Negara

Diterbitkan: Sabtu, 23 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Status kualiti udara di seluruh negara bertambah baik dengan hanya satu kawasan direkod memiliki bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat.

Menurut kenyataan Jabatan Alam Sekitar (JAS), hanya Institut Latihan Perindustrian (LIP) Miri, Sarawak merekodkan kualiti udara tidak sihat iaitu 122 pada 11 pagi tadi dalam tempoh 24 jam lepas.

Kemerosotan kualiti udara di kawasan Miri disebabkan kebakaran tanah gambut seluas 10 hektar di Permai Jaya berdekatan ILP Kuala Baram, Miri.

Selain itu, status kualiti udara di Semenanjung menunjukkan penurunan bacaan IPU tetapi cuaca panas dan kering sepanjang Jun selain peningkatan titik panas mungkin mengakibatkan ketidakstabilan kualiti udara.

Kenyataan JAS juga menyatakan 11 kawasan berada pada tahap baik dan 40 kawasan pada tahap sederhana bagi tempoh sama.

JAS turut menggerakkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka dan mempertingkat program pencegahan kebakaran tanah gambut bagi mengawal punca yang boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara di seluruh negara. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan