Gempa Di Utara Sumatera: Gegaran Dirasai Di Pulau Pinang - Berita Semasa | mStar

Gempa Di Utara Sumatera: Gegaran Dirasai Di Pulau Pinang

Diterbitkan: Sabtu, 23 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Gegaran kecil turut dirasai penduduk yang tinggal di bangunan tinggi di kepulauan itu selepas gempa bumi berukuran 6.5 melanda Utara Sumatera pada pukul 12.30 tengah hari Sabtu.

Bagaimanapun, kebanyakan penduduk tidak panik dalam kejadian gegaran yang berlaku lebih kurang tiga minit itu.

Beberapa penduduk memilih untuk keluar dari pangsapuri masing-masing sebagai langkah keselamatan.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan