'Saya Rasa Macam Selebriti ' - Rafizi

Diterbitkan: Jumaat, 22 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Mohd Rafizi Ramli
Mohd Rafizi Ramli

PETALING JAYA: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli (gambar) menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya untuk meletakkan jawatannya sebagai Ketua Eksekutif Penasihat Ekonomi Selangor.

Mohd Rafizi berkata keputusannya itu kekal namun beliau akan tetap bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam memperjuangkan kebenaran serta membantu parti itu mengambil alih kerajaan sedia ada pada pilihan raya umum ke-13.

“Dalam tempoh beberapa hari ini, tolong beri saya beberapa hari untuk bersama-sama dengan isteri dan keluarga. Semua ini mengusutkan keadaan,” katanya dalam entri terbaru dalam akaun twitter miliknya pada Jumaat.

Beliau pada Khamis, mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai Ketua Eksekutif Penasihat Ekonomi Selangor.

Kata beliau, peletakan jawatan adalah proses biasa dan beliau memerlukan rehat bagi menunaikan ibadah sempena bulan Ramadan ini.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Mohd Rafizi berkata peletakkan jawatannya menjadikan beliau umpama selebriti dan sentiasa menjadi tumpuan masyarakat.

"Saya rasa macam selebriti hari ini. Hendak makan dekat kedai mamak pun susah… Katanya semua buat laporan besar-besaran…. Wah naiklah saham," ujarnya.

Beliau turut menegaskan tidak akan melompat parti walaupun setelah beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Penasihat Ekonomi Selangor.

"Kepada yang ragu-ragu saya akan lompat parti, saya berjanji akan bersunat sekali lagi kalau lompat parti. Patut semua wakil rakyat kena janji macam ini," katanya.

Rafizi menyandang jawatan Ketua Eksekutif Penasihat Ekonomi Selangor sejak kira-kira dua tahun lalu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan