Penswastaan Atau Tidak Kakitangan Penang Port Tak Terjejas

Diterbitkan: Jumaat, 22 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pengarah Urusan Penang Port Sdn Bhd (PPSB)Datuk Ahmad Ibnihajar memberi jaminan bahawa pengurusan dan kakitangannya akan dikekalkan untuk tempoh lima tahun akan datang sama ada badan itu diambilalih oleh pemilik baru atau tidak.

Kata Ahmad, beliau tidak bimbang siapa yang akan menjadi pemilik baru tetapi kerana yang penting mereka (kakitangan) akan terus berkhidmat dan meneruskan rancangan pengurusan.

Bagaimanapun, Ahmad berkata PPSB masih belum dimaklumkan oleh kerajaan sama ada syarikat berkiatan kerajaan itu akan diswastakan dan beliau hanya tahu mengenai isu itu melalui laporan media.

"Seperti anda, kami juga tidak tahu. Ramai orang datang ke pejabat..kami dimaklumkan supaya beri kerjasama tapi tidak ada keputusan muktamad.. sama ada ia (penswastaan) sudah berjalan ataupun tidak, ia ditentukan oleh kerajaan," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Turut hadir dalam sidang akhbar itu ialah Pengerusi PPSB Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dan ketua pegawai operasi Obaid Mansor.

Sidang akhbar itu diadakan bagi menjelaskan beberapa kenyataan mengelirukan berhubung PPSB sejak akhir-akhir ini termasuklah mengenai isu penswastaan itu dan bahawa Pelabuhan Pulau Pinang akan dikembalikan kepada pelabuhan pengantara.

Pelabuhan Pulau Pinang mendapat perhatian baru-baru ini dengan kerajaan menolak cadangan penswastaan PPSB kepada hartawan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary.

Laporan media minggu lepas menyebut bahawa syarikat milik Syed Moktar, Seaport Terminal Sdn Bhd memenangi bidaan bagi cadangan penswastaan PPPSB. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan