Kamalanathan Kecewa Salahuddin Tidak Hormat Budaya & Agama Hindu

Diterbitkan: Jumaat, 22 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan bersalaman dengan Ahli Parlimen Batu Sapi, Datin Linda TsenThau Lin (kanan) di Lobi Dewan Rakyat. -Foto Arkib
Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan bersalaman dengan Ahli Parlimen Batu Sapi, Datin Linda TsenThau Lin (kanan) di Lobi Dewan Rakyat. -Foto Arkib

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan membidas kenyataan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang menyamakan perarakan Thaipusam dengan demonstrasi jalanan.

Beliau mendakwa, kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Salahuddin ketika debat bertajuk 'Demonstrasi Jalanan: Mengukuh atau Meruntuh Demokrasi' anjuran Sinar Harian, malam Selasa lalu.

"Lebih satu juta penganut agama Hindu di negara ini kecewa dengan kenyataan tersebut. Malah, ia dianggap satu penghinaan.

"Bagaimana perayaan suci ini boleh disamakan dengan demonstrasi jalanan? Kedua-duanya merupakan aktiviti yang berbeza," katanya menerusi blog di http://www.pkamalanathan.blogspot.com.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berdebat dengan Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah pada malam tersebut.

Ketika debat, Salahuddin didakwa menyifatkan aktiviti kerohanian perarakan Thaipusam sama seperti perhimpunan jalanan.

"Kenyataan tersebut tidak menggambarkan karakter beliau sebagai seorang ahli politik berpengalaman di negara ini.

"Menggelar penganut Hindu yang berarak sebagai peserta perhimpunan jalanan separuh sedar menunjukkan beliau tidak hormat dan memahami pegangan kepercayaan agama lain," katanya.

Sehubungan dengan itu, P Kamalanathan yang juga Ketua Penyelaras Putera MIC mendesak Salahuddin untuk memohon maaf kepada seluruh penganut agama Hindu di atas kenyataan tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan