Digantung Sekolah Hanya Kerana Pakai Skirt Pendek

Diterbitkan: Jumaat, 22 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang pelajar tingakatan Lima telah digantung sekolah selama seminggu hanya kerana dia memakai skirt pendek ketika menghadiri majlis amal yang diadakan di luar sekolah tersebut.

Stephanie Tan Joo Sing pelajar Sekolah Menengah Methodist Perempuan di sini telah dihalang daripada hadir ke kelas daripada 18 hingga 25 Jun lalu selepas dia didapati bersalah kerana berpakaian tidak senonoh pada Mac yang dilihat sebagai percubaan menjatuhkan reputasi sekolah berkenaan.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Chua Hong Pioh mempertahankan tindakan pihak sekolah tersebut dengan mengatakan bahawa tindakan sedemikian tidak pernah berlaku.

Menurutnya, pihak sekolah telah mengambil tindakan yang sama pada 2008.

Berikutan kes 2008 itu, pihak sekolah telah mengeluarkan pekeliling bahawa pelajar perlu mematuhi etika berpakaian yang bersesuaian ketika menghadiri mana-mana majlis yang sama ada ia diadakan di dalam mahupun di luar sekiranya ia berkaitan dengan sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Gan Tian Loo berkata beliau akan hanya mengulas mengenai perkara tersebut selepas mendengar daripada dua-dua belah pihak.

Sementara itu, ahli perniagaan Tan Eng Hock yang juga bapa kepada pelajar berkenaan berkata penggantungan tersebut tidak wajar dan dakwaan tersebut telah mengaibkan keluarganya.

"Saya orang pertama yang akan marah sekiranya dia berpakaian seksi," kata Tan 51, di sini, pada Khamis.

Stephanie anak ketiga daripada empat beradik dilihat sering menangis selepas digantung sekolah kata ayahnya.

Tan berkata beliau terkejut apabila mengetahui mengenai penggantungan anaknya selepas sekeping gambar Stephanie menerima trofi dan sijil penghargaan daripada Kelab Leo Melaka terpampang di dada akhbar.

"Bagaimana seorang gadis boleh menerima semua ini apabila dia dituduh mendedahkan dirinya di khalayak ramai?," soal Tan.

Beliau berkata anak perempuannya merupakan pelajar cemerlang yang sering mendapat semua A dalam setiap mata pelajaran.

Stephanie juga merupakan pemimpin Kelab Leo disekolahnya menegaskan bahawa tiada seorang guru yang menghadiri acara tersebut menegur cara dia berpakaian pada hari berkenaan.

Sebalikna, dia dipuji oleh guru-gurunya atas usahanya menganjurkan majlis berkenaan.

Sebaliknya, dia dipuji oleh guru-guru untuk usaha-usahanya dalam menganjurkan acara.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan