Balu Tim. Ketua Polis Daerah Kuala Krai Terima Ganjaran

Diterbitkan: Jumaat, 22 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada Jumaat menyerahkan ganjaran baki cuti rehat kepada balu Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai Allahyarham Abdul Wahab Yaacob, yang maut dalam kemalangan di Jalan Kota Baharu-Kuala Krai, Machang, Kelantan pada 15 Jun lepas.

Timbalan Pengarah Kanan (Pembangunan) JPA, Datuk Mazlan Md Noor berkata, bayaran secara 'sekaligus' itu diberikan untuk baki cuti rehat yang tidak dihabiskan seseorang pegawai kerajaan semasa dalam perkhidmatan.

"Manakala bagi pencen pula, kita (JPA) akan bayar di bank setiap bulan kepada balu Allahyarham, Taharah Mohamed, 51," katanya selepas menyerahkan cek yang tidak didedahkan jumlahnya di rumah Allahyarham di Taman Segambut.

Turut hadir ialah Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur Datuk Razali AB Razak.

Mazlan berkata, Taharah layak menerima ganjaran dan pencen itu, yang dapat meringankan beban serta meneruskan kehidupan bersama empat anaknya, kerana Allahyarham adalah pegawai kerajaan yang berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia.

Sementara itu, Razali berkata Allahyarham sebelum ini berkhidmat di Bukit Aman di pelbagai bahagian, antaranya Jabatan Narkotik, sebelum bertukar ke Kelantan beberapa bulan lepas kerana naik pangkat.

Taharah pula melahirkan kesyukuran kerana ganjaran dan pencen itu dapat meringankan beban dan membantu menampung kos pengajian anak bongsunya.

Abdul Wahab, 56, dan dua lagi terbunuh selepas kereta yang mereka naiki bertembung kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 35, Jalan Kota Baharu-Kuala Krai di Machang.

Allahyarham bersama Sarjan Abd Kadir Kumin, 48, yang dalam perjalanan dari Kota Baharu ke Kuala Krai, maut di tempat kejadian selepas kenderaan mereka bertembung pacuan empat roda terbabit dari arah bertentangan.

Kejadian pada jam 1 pagi itu turut mengorbankan penumpang kenderaan pacuan empat roda itu, Membunga Mamat, 60, dari Rancangan Kemajuan Tanah Paloh 1, Gua Musang. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan