Tiada Keperluan Tubuh Jawatankuasa Khas Perundangan Parlimen

Diterbitkan: Khamis, 21 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas Perundangan Parlimen bagi meneliti dan melakukan deraf rang undang-undang sebelum dibentangkang di Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata sistem perbahasan di Dewan Rakyat sedia ada lebih efisyen terutama bagi memberi peluang kepada wakil rakyat membahaskan setiap rang undang-undang yang dibentangkan.

""Kalau kita ada jawatankuasa yang akan mengkaji rang undang-undang maka tak perlu ada perbahasan di peringkat majlis kerana di peringkat jawatankuasa sudah selesai, apa makna kita hendak bincang dalam majlis kerana ia sudah diputuskan.

"Ahli Parlimen yang menganggotai jawatankuasa khas itu akan dihalang daripada berbahas, lebih baik sistem yang ada sekarang di mana rang undang-undang akan melalui majlis, kemudian ia memberi peluang kepada semua di sini untuk berbahas dan tidak dihadkan kepada anggota jawatankuasa sahaja," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabantangan) mengenai cadangan mewujudkan jawatankuasa itu untuk setiap kementerian bagi membantu melancarkan pentadbiran di peringkat kementerian sebelum sesuatu rang undang-undang dibentangkan.

Sebelum itu menjawab soalan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka), Mohamed Nazri berkata menerusi proses sedia ada, Jabatan Peguam Negara bertanggungjawab meneliti dan menderaf sesuatu rang undang-undang sebelum dibentangkan di Parlimen.

"Namun begitu, sebelum sebarang keputusan berkenaan kewajaran penubuhan jawatankuasa yang sedemikian dapat dibuat, satu kajian menyeluruh perlu dijalankan untuk melihat dan memastikan sama ada terdapat sebarang keperluan atau tidak, bagi sesuatu jawatankuasa sedemikian diwujudkan," katanya.

iklan

Video

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan