Ribuan Rokok Haram Dihasilkan Setiap Hari Untuk Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 21 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Identiti Tidak Diketahui...Kilang di Batam yang tidak mempunyai papan tanda memaparkan nama syarikat
Identiti Tidak Diketahui...Kilang di Batam yang tidak mempunyai papan tanda memaparkan nama syarikat

BATAM (Indonesia): Sebuah kilang di Taman Perindustrian Citra Buana di sini mengeluarkan ribuan rokok haram setiap hari untuk dijual di Malaysia.

'Starprobe' mendapati rokok yang menggunakan jenama Malaysia, John, dibawa masuk melalui Singapura dan dijual di bawah paras harga minimum yang ditetapkan iaitu RM7.

Kilang terbabit tidak memaparkan papan tanda dan hanya memaparkan nombor lot, tidak seperti dua kilang rokok berdekatan, yang menghasilkan rokok jenama Luffman dan Rock terutamanya untuk pasaran tempatan.

Seorang pegawai dari kilang yang mengeluarkan rokok Luffman berkata syarikat itu turut mengambil pesanan dari Malaysia walaupun tumpuan utama adalah pasaran Indonesia, di mana sebungkus rokok yang mempunyai 20 batang rokok dijual antara RM2 dan RM5.

Kilang yang mengeluarkan rokok jenama John dipercayai diuruskan oleh rakyat Malaysia yang menetap di Singapura.

Dua pengawal keselamatan di pintu masuk kilang enggan membenarkan sesiapa memasuki kawasan kilang dengan menyatakan sebarang urusan perniagaan harus dikemukakan kepada pejabat syarikat di Singapura.

Seorang pekerja, Harto, berkata kilang terbabit beroperasi sepanjang masa untuk menghasilkan pelbagai jenis rokok John yang dibungkus dan kemudiannya dimasukkan dalam kontena sebelum dihantar keluar dari Batam melalui pelabuhan yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan.

Harto menambah, kilang yang mempunyai tiga shif kerja, sehari ini telah beroperasi sekurang-kurangnya selama tiga tahun.

Pemeriksaan mendapati warga Singapura mempunyai kepentingan terhadap ketiga-tiga kilang tersebut.

Pegawai rasmi dari kilang Luffman yang hanya mahu dikenali sebagai Lai berkata: "Kami boleh menghasilkan apa sahaja untuk klien kami. Kami mempunyai kepakaran meniru 80 hingga 90 peratus rasa seperti rokok jenama diiktiraf.

"Segalanya bergantung kepada harga. Bagaimanapun, lebih baik bermula dengan jenama sendiri dan kami boleh membantu dari segi pembungkusan."

Mengenai penghantaran ke Malaysia, pegawai ini berkata tiada kapal kargo yang menghantar secara langsung kerana semua penghantaran dibuat melalui Singapura.

"Bagaimanapun, asalkan rokok tidak dibawa keluar dari pelabuhan Singapura, tiada cukai dikenakan," katanya, sambil menambah rokok-rokok itu mungkin diseludup masuk ke Malaysia melalui jalan darat atau laut menggunakan dokumen palsu.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan