Pembangkang Dakwa Presiden JMM Ejen Beli Wakil Rakyat

Diterbitkan: Khamis, 21 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembangkang pada Khamis meneruskan siri pendedahan 'pembelian' wakil rakyat mereka apabila kali ini mengaitkan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah terlibat dalam proses rundingan berkenaan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menerusi sidang media di bangunan Parlimen menamakan Azwanddin sebagai ejen yang bertanggungjawab dalam proses tawar-menawar terhadap wakil rakyat pembangkang.

"Hari ini saya dedahkan bahawa Azwanddin adalah salah seorang ejen untuk membeli wakil rakyat pembangkang khususnya membabitkan wakil rakyat PKR.

"Kita mahu beliau keluarkan kenyataan sama ada untuk menafikan atau sebaliknya," katanya di sini.

Menerusi sidang media itu Khalid menayangkan klip video berdurasi hampir lima minit dirakamkan di sebuah restoran di Klang menunjukkan Azwanddin dan empat yang lain sedang berbincang mengenai proses pembelian itu.

Sebelum ini Khalid menamakan bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Kedah Zamil Ibrahim sebagai individu kedua selain Azwanddin terlibat dalam proses rundingan terbabit.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan