Mustahil Suruhanjaya Diberi Kuasa Menghukum - Nazri

Diterbitkan: Khamis, 21 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya yang ditubuh bagi memantau dan mengawal selia agensi penguatkuasaan di negara ini tidak akan diberi kuasa mendakwa atau menjatuhkan hukuman bagi kesalahan yang dilakukan oleh anggota penguatkuasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata adalah mustahil kuasa menghukum diberi kepada mana-mana suruhanjaya berkaitan kerana amalan dan Perlembagaan Persekutuan menetapkan Jabatan Peguam Negara dan mahkamah sebagai badan yang bertanggungjawab.

"Kalau kita lihat di negara kita, pendakwaan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara dan penghakiman dibuat oleh mahkamah.

"Kalau sekalipun IPCMC (Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis) dipersetujui (ditubuhkan) untuk diadakan badan siasatan khusus untuk polis, ia pun sekadar untuk menyiasat. Kalau didapati ada kesalahan, maka ianya mesti didakwa di mahkamah.

"Jadi tak berbangkit soal kalau ada IPCMC... IPCMC ada kuasa untuk mendakwa dan juga menghukum. Ia tak mungkin boleh berlaku kerana kuasa-kuasa ini telah ditentukan oleh Perlembagaan serta amalan biasa iaitu kuasa mendakwa ialah Jabatan Peguam Negara, dan menghakimi serta menghukum adalah mahkamah," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau menjawab soalan tambahan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan sedia melakukan pindaan undang-undang bagi membolehkan kuasa menghukum diberikan kepada suruhanjaya bebas yang memantau agensi penguatkuasa di negara ini.

Sementara itu Mohamed Nazri memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan tidak bercadang menubuhkan IPCMC kerana rakyat kini boleh menyalurkan sebarang aduan berkaitan tindakan anggota agensi penguatkuasa kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan yang ditubuhkan pada April tahun lalu bagi menyiasat salah laku anggota penguatkuasaan di negara ini.

Jelas Mohamed Nazri, suruhanjaya berkenaan mempunyai peranan yang lebih luas berbanding IPCMC.

"Mereka mempunyai mandat yang lebih luas daripada IPCMC kerana mempunyai bidang kuasa untuk menyelia 19 agensi-agensi penguatkuasaan termasuk polis.

"Suruhanjaya ini adalah badan bebas bagi mengawasi agensi penguatkuasaan yang terlibat untuk mengesan, menyiasat dan mencegah salah laku di kalangan pegawai penguatkuasaan," katanya.

Mengulas lanjut Mohamed Nazri berkata hingga kini suruhanjaya itu menerima sebanyak 120 aduan membabitkan anggota polis.

Daripada jumlah itu sembilan kes dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) manakala 15 kes lagi dirujuk kepada jawatankuasa disiplin polis.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan