KSN Yang Baru Akan Terus Berinteraksi Dengan Pemegang Taruh

Diterbitkan: Khamis, 21 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baru, Datuk Seri Dr Ali Hamsa berikrar akan terus berinteraksi dengan pelbagai pihak termasuk media dalam usaha kerajaan untuk menambah baik mutu perkhidmatan awam termasuk sistem penyampaiannya.

Ini termasuklah mengadakan pertemuan dengan kakitangan perkhidmatan awam di semua peringkat.

“Saya juga berminat untuk mendengar apakah masalah yang mereka hadapi dan melihat bagaimana setiap masalah itu dapat diatasi," ujarnya sambil menambah bahawa beliau juga akan bersikap mesra media.

Beliau berkata demikian selepas menerima watikah pelantikan sebagai KSN yang baru daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis.

Dr Ali, 57, sebelum ini menyandang jawatan sebagai ketua pengarah Unit Kerjasama Awam-Swasta yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Beliau mengantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang telah berkhidmat selama 38 tahun dalam perkhidmatan awam.

Dr Ali menyertai perkhidmatan awam pada tahun 1981 sebagai penolong pengarah di Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa (Miti) selepas lulus ijazah sarjana muda dari Universiti Malaya.

Beliau menyandang jawatan ketua pengarah UKAS yang pertama apabila unit itu diwujudkan pada tahun 2009.

Dr Ali mengucapkan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan juga perdana menteri di atas kepercayaan yang diberikan untuk memimpin sektor awam.

Beliau turut mengucapkan penghargaannya kepada Sidek.

Dr Ali juga berhasrat untuk menemui kepimpinan Cuepacs, wakil-wakil daripada industri serta badan-badan bukan kerajaan dalam tempoh terdekat ini untuk bertukar-tukar pendapat dan fikiran.

"Pandangan daripada pelbagai pihak adalah penting dalam usaha perkhidmatan awam merangka pelan dan dasar baru untuk negara," ujarnya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan