Graduan Muda Disaran Ceburi Bidang Perniagaan

Diterbitkan: Khamis, 21 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Golongan muda terutamanya para graduan disaran menceburi dan meneroka bidang keusahawanan kerana ia dilihat sebagai penyedia ruang terbaik kepada golongan muda untuk memajukan diri sekaligus mengubah landskap ekonomi negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcob berkata, golongan muda juga perlu bijak mengambil peluang yang disediakan menerusi pelbagai insentif dan program kerajaan seperti Amanah Ikhtiar dan Tabung Ekonomi Usahawan Nasional.

"Golongan muda juga seharusnya tidak mengehadkan diri dengan bekerja makan gaji dalam industri tetapi mengembangkan pengalaman dan peluang yang ada di dalam industri dengan membuka perniagaan sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Keusahawanan Muda Malaysia 2012 (MAJES) di sini, Khamis.

Beliau berkata, adalah satu langkah bijak jika seseorang itu bekerja dalam industri terlebih dahulu kerana dalam tempoh tersebut mereka boleh menimba pengalaman dengan mempelajari selok belok pengurusan dan organisasi sesebuah syarikat, selain membina rangkaian sebelum memulakan perniagaan.

Nor Mohamed berkata, penglibatan golongan muda dalam sektor swasta dan bidang keusahawanan sebenarnya dapat membantu usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

"Sampai satu tahap di mana kerajaan akan memainkan peranan sebagai fasilitator dan sektor swasta sebagai jentera pertumbuhan yang akan membawa negara maju pada tahun 2020 dan selepasnya.

"Jadi apa yang kita perlu sekarang, kita ada modal, kita ada pengalaman, kita ada jenama dan kita perlukan semangat usahawanan. Keusahawanan perlu membawa persaingtan dan membawa bersamanya inovasi, ini yang kita perlukan sekarang untuk terus maju," katanya.

Simposium dua hari anjuran AA Event bersama Enterprise Development Association itu bertujuan memberi peluang kepada usahawan muda untuk membentuk hubungan antara peserta bagi meningkatkan keupayaan perniagaan mereka.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan