Gaji Penengah Penentu Gaji Minimum Sabah, Sarawak

Diterbitkan: Khamis, 21 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak boleh menetapkan gaji minimum terlalu tinggi bagi Sabah dan Sarawak berikutan gaji penengah di dua negeri berkenaan terlalu rendah iaitu masing-masing sebanyak RM577 dan RM738.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata gaji penengah yang rendah menunjukkan majikan tidak mempunyai keupayaan untuk membayar gaji yang tinggi kepada pekerja.

"Sekiranya gaji minimum ditetapkan terlalu tinggi, kemungkinan majikan di Sabah dan Sarawak akan menghadapi kesukaran untuk beroperasi dan berkemungkinan terpaksa mengurangkan jumlah pekerja.

"Jika keadaan ini berlaku, ia akan merugikan pekerja kerana mereka kehilangan pekerjaan dan ini akan menimbulkan masalah pengangguran," katanya pada persidangan Parlimen di sini, Khamis.

Beliau menjawab soalan Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) mengenai rasional gaji minimum RM900 ditetapkan di semenanjung serta RM800 di Sabah dan Sarawak.

Menjelas lanjut Maznah berkata Majlis Perundingan Gaji Negara mengambil kira beberapa kriteria dalam penetapan gaji minimum antaranya Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), keupayaan majikan untuk membayar upah (median wage), peningkatan produktiviti buruh, indeks harga pengguna dan kadar pengangguran.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan