Sultan Perak Tidak Pernah Keluarkan Watikah Ahli Diraja

Diterbitkan: Rabu, 20 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Pejabat Sultan Perak mengesahkan bahawa Sultan Azlan Shah tidak pernah mengeluarkan watikah atau surat kuasa kepada mana-mana pihak atau individu bagi membolehkan mereka memberi sijil keahlian 'Ahli Diraja', kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Abdul Puhat Mat Nayan.

Beliau berkata oleh yang demikian pengeluaran lencana menggunakan lambang negeri Perak dan keanggotaan Ahli Diraja seperti yang dilaporkan oleh akhbar pada 8 Jun lepas adalah satu perbuatan yang salah di sisi undang-undang dan melanggar Enakmen Lambang-lambang dan Nama-nama (Mencegah Penggunaan Yang Tidak Betul) 1966.

"Adalah dengan ini ditegaskan bahawa pihak berkuasa negeri Perak tidak pernah pada bila-bila masa memberi sebarang kebenaran secara bertulis kepada mana-mana pihak atau individu untuk mengeluarkan sijil keahlian Ahli Diraja," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Katanya Enakmen itu secara jelas menggariskan kawal selia berkaitan jata, panji-panji, cap mohor rasmi Sultan Perak, cap mohor kerajaan negeri, jata kerajaan, darjah kebesaran, lambang, pingat dan lencana yang diperkenankan oleh Sultan Perak, tidak boleh digunakan oleh sesiapa kecuali diberikan kebenaran secara bertulis oleh pihak berkuasa negeri Perak.

Katanya orang awam dinasihatkan supaya tidak terpedaya untuk membeli atau memperoleh keahlian Ahli Diraja yang ditawarkan dan dijanjikan oleh mana-mana pihak sekalipun.

Orang awam yang telah terpedaya dengan perbuatan terbabit atau didampingi oleh mana-mana pihak dengan menawarkan mereka untuk menjadi Ahli Diraja supaya tampil membuat laporan polis supaya siasatan berhubung perkara itu dapat dijalankan, katanya.

Abdul Puhat berkata pihaknya juga telah membuat laporan polis berhubung perkara itu pada 8 dan 9 Jun lepas.

Katanya laporan akhbar mendakwa kegiatan menjual lambang kereta itu turut disertakan dengan jaminan sesiapa yang memiliki watikah dan lambang berkenaan diberi jaminan perlindungan atau imuniti daripada pihak penguatkuasa undang-undang jika melakukan kesalahan lalu lintas serta diskaun caj penginapan hotel.

Beliau berkata berdasarkan laporan akhbar terdapat dua pihak yang mengeluarkan keahlian Ahli Diraja berkenaan.

Pada 8 Jun lepas, akhbar melaporkan terdapat pihak yang didakwa menjual dan mengeluarkan lambang kereta mengandungi lambang negeri Perak dan keahlian Ahli Diraja kepada orang awam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan