Rakyat Malaysia Perlu Berani Katakan Tidak Pada Rasuah - SPRM

Diterbitkan: Rabu, 20 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jenayah rasuah berlaku kerana rakyat Malaysia tidak berani mengatakan tidak kepada rasuah, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, mengatakan 'tidak' kepada rasuah sebenarnya merupakan satu kemahiran istimewa.

"Anda mungkin terkejut tetapi itulah realitinya. Ia seperti merokok apabila anda di bawah umur. Orang yang merokok pada usia muda tidak boleh menolak pemberian rokok oleh rakan mereka.

"Situasi sama untuk rasuah. Kerana ia bermula apabila ada segelintir pihak tidak menolak pemberian wang, mereka kemudiannya mula memberikan alasan seperti ia adalah sebahagian daripada budaya kita.

"Atau jika kita tidak menerima wang tersebut, kita akan mengecewakan si pemberi," katanya ketika berucap di sini, Selasa.

Bagaimanapun, beliau berkata, pembaharuan dan penambahbaikan dalam proses kerajaan berjaya mengehadkan peluang terhadap jenayah rasuah.

"Dengan mengurangkan tempoh masa menunggu untuk urusan rasmi seperti memohon MyKad dan pasport, kerajaan sekaligus mengurangkan penggunaan orang tengah," kata Abu Kassim ketika menandatangani Ikrar Integriti Korporat oleh syarikat pembentungan, Indah Water Konsortium (IWK).

IWK adalah syarikat yang ke-27 menandatangani ikrar tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Datuk Abdul Kadir Mohd Din berkata, walaupun syarikat itu tidak mengalami kerugian yang banyak akibat rasuah, ia adalah prinsip yang diambil kira.

Abdul Kadir berkata, kebanyakan kes kakitangannya yang mendapatkan pendapatan sampingan dengan membersihkan saluran paip tersumbat dan tangki septik atau menerima rasuah daripada pembekal.

"Secara rasminya, ia hanya menelan belanja RM144 untuk membersihkan tangki anda. Namun kita ada beberapa kes di mana kakitangan kami akan mengenakan bayaran RM50 untuk melakukannya dan tidak memberitahu kami mengenai perkara itu. Jumlahnya adalah kecil tetapi ia tetap satu kesalahan," katanya.

Pada 2011, terdapat 21 kes disiplin dalam syarikat tersebut untuk pelbagai jenis kesalahan pecah amanah manakala sehingga Jun tahun ini, 10 kes telah dilaporkan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan