Rakyat Boleh Buat Perbandingan Antara BN Dengan Pembangkang

Diterbitkan: Rabu, 20 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA NERANG: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kekalahan Barisan Nasional (BN) di beberapa negeri pada pilihan raya umum (PRU) 2008 mempunyai hikmah tersendiri apabila rakyat kini dapat membuat perbandingan antara kerajaan BN dengan pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri berkata seperti di Kedah yang kini dikuasai pembangkang, rakyat sudah boleh menilai sendiri kemampuan kerajaan BN dengan pembangkang.

"Selepas empat tahun PAS memerintah di Kedah, apa nikmatnya kepada rakyat Kedah. Apa nikmat yang melimpah yang dijanjikan kerajaan negeri? Mana dana-dana? Mana bekalan air percuma?.

"Ada hikmah bila berlaku perkara ini, baru boleh banding mana lebih baik dan mana yang tak baik," katanya ketika berucap pada Jamuan Rakyat 1Malaysia di Padang Awam Felda Lubok Merbau dekat sini, Selasa.

Beliau berkata apa yang penting sekarang ialah supaya rakyat terus mempunyai keyakinan terhadap usaha-usaha yang dilakukan kerajaan BN dalam memajukan negara.

"Yang penting, kena kembalikan kuasa kepada BN (di Kedah)... Saya yakin di Kedah dengan kesungguhan yang jelas terbukti, sanggup bekerjasama, masa depan akan lebih terjamin dan bahagia," kata Muhyiddin.

Muhyiddin berkata di mana-mana sahaja beliau pergi kini, sokongan padu dapat dirasai dan ada di kalangan rakyat di negeri yang diperintah pakatan pembangkang ingin pilihan raya umum diadakan segera kerana mahu mengembalikan kuasa pemerintahan kepada BN.

Hadir sama Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Ketua Umno Bahagian Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan