Program Pemasyarakatan Banduan Berjaya Capai Matlamat - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Rabu, 20 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Program Pemasyarakatan Banduan, yang diperkenalkan pada 2010, berjaya mencapai matlamatnya apabila tiada peserta program yang dibebaskan masuk semula ke penjara, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata antara faktor utama kejayaan program itu ialah pendedahan kepada orang yang diselia (ODS) mengenai input spiritual dan kursus keterampilan asas membabitkan gkemahiran seperti pertanian, perikanan, penyelenggaraan bangunan dan aktiviti yang memberi pendapatan kepada mereka.

"Dengan membekalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran tersebut, ODS yang dibebaskan mampu berdikari bagi mencari nafkah hidup," katanya ketika menjawab soalan Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) pada persidangan Dewan Rakyat, Rabu.

Ahmad Zahid berkata seramai 2,713 banduan atau ODS terlibat dalam program itu sejak ia diperkenalkan.

Sehingga Mei lalu, 1,827 ODS telah dibebaskan, katanya.

Menjawab soalan tambahan Ismail mengenai pembinaan pusat pemulihan pemasyarakatan itu, Ahmad Zahid berkata Kementerian Pertahanan hanya membelanjakan kira-kira RM30 juta bagi lima Pusat Pemulihan Pemasyarakatan yang menyediakan program untuk mengintegrasikan pesalah undang-undang kembali semula ke pangkuan masyarakat.

Beliau berkata ia menjimatkan berbanding kos bagi membina lima buah penjara.

"Sepatutnya lima penjara yang dibina dengan belanjawan RM50-60 juta bagi tiap-tiap satu penjara, ertinya kita memerlukan RM250 juta.

"Tetapi untuk lima pusat tahanan, Kementerian Pertahanan hanya membelanjakan kira-kira RM30 juta. Ini bermakna kita dapat mengurangkan belanja kira-kira RM220 juta," katanya.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, Ahmad Zahid berkata beliau akan menjawab hal-hal berkaitan pembelian kapal selam Scorpene dan inkuiri oleh Mahkamah Perancis di Dewan Rakyat pada 26 Jun ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan