Perbahasan Projek Lynas Ibarat Perdebatan Saintifik

Diterbitkan: Rabu, 20 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbahasan mengenai Projek Loji Bahan-Bahan Maju Lynas (LAMP) pada persidangan Dewan Rakyat pada Selasa menyaksikan kedua-dua anggota penyokong kerajaan dan pembangkang berusaha mempertahan hujah masing-masing berasaskan fakta saintifik serta kepentingan politik masing-masing.

Perbahasan hangat sejurus pembentangan laporan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Mengenai Projek LAMP Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sentiasa tegang dengan pencelahan demi pencelahan serta pertikaman lidah antara satu sama lain berkaitan hujah yang dikemukakan.

Anggota penyokong kerajaan berpendapat pembangkang seharusnya merujuk kepada syor yang dikemukakan PSC hasil penemuan pakar perubatan, sains nuklear, pertubuhan profesional berhubung Projek LAMP, dan bukannya menidakkan laporan itu.

Rata-Rata anggota pembangkang pula mempertikai penemuan laporan jawatankuasa itu yang menyatakan tidak ada perkaitan dedahan sinaran yang berlaku di kilang Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah dengan projek LAMP sehingga menjejaskan tahap kesihatan awam, aspek keselamatan dedahan sinaran dan membangkitkan isu pengurusan sisa serta residu projek itu.

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) berkata terdapat banyak perbezaan antara isu kilang ARE dengan projek LAMP daripada segi penggunaan teknologi, dan perkara itu perlu didedahkan kepada masyarakat menerusi lebih banyak penglibatan awam.

"Saya melihat masyarakat di luar tahu mengenai ARE dan Lynas, tetapi fakta itu telah dimanipulasi oleh pihak tertentu dan perkara asas mengenai perbezaan kedua-duanya itu telah dikelirukan," katanya.

Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) berkata tindakan pembangkang sekadar ingin menegakkan benang yang basah berhubung projek Lynas kerana pembangkang mempunyai kepentingan politik.

"Pelbagai alasan diberi kerana pembangkang cuba memutarbelitkan fakta dan cuba mempengaruhi rakyat supaya membenci sesuatu projek yang menguntungkan kerajaan. Ini hanya untuk politik pembangkang sahaja," katanya.

Beliau berkata memang benar ada rakyat yang membantah tetapi majoriti bersetuju dengan projek itu.

Katanya, laporan yang dibentangkan hari ini juga menyeluruh kerana mempunyai pandangan daripada pakar, termasuk daripada segi perubatan dan kesihatan awam.

Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) pula berkata sebelum ini, beliau juga berasa was-was dan bimbang tentang tahap radiasi projek kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang.

Bagaimanapun, katanya, banyak pakar menyatakan tahap radiasi projek itu tidak berbahaya.

Sementara itu, Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) ketika mencelah mencadangkan agar Anggota Parlimen diberi tempoh yang mencukupi, sekurang-kurangnya seminggu, bagi membolehkan mereka meneliti laporan seumpamanya pada masa akan datang sebelum dibahaskan di Parlimen.

Ibrahim, yang kesal kerana laporan projek Lynas yang banyak berunsur teknikal hanya diberikan semalam sebelum dibahas hari ini, turut mendakwa ramai Anggota Parlimen termasuk pembangkang merungut tidak sempat membacanya.

Tian Chua (PKR-Batu) pula mendakwa isu ARE di Bukit Merah belum mendapat penjelasan sehingga hari ini bagi memaklumkan kepada rakyat tahap bahaya dan risiko kesihatan terhadap penduduk setempat.

Katanya, bukan kekurangan penglibatan awam yang menjadi isu tetapi kekurangan penjelasan secara rasional dan saintifik serta risiko yang perlu ditanggung penduduk sekitar jika projek itu diteruskan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan