Malaysia Diiktiraf Pengamal ICT Dunia Yang Penting - Rais

Diterbitkan: Rabu, 20 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Malaysia diiktiraf di rantau ini sebagai pengamal atau pemain dunia ICT yang penting, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

"Daripada pameran komunikasi dan juga penyiaran yang diadakan di Singapura pada Selasa khasnya dan beberapa hari amnya, kita dapat melihat bahawa Malaysia juga mempunyai peranan yang diiktiraf oleh rantau ini sebagai pengamal atau pemain dunia ICT yang penting.

"Kita dapati bahawa apabila Menteri Komunikasi, Penerangan dan Seni Singapura, Dr Yaacob Ibrahim melihat beberapa jendela pembangunan Malaysia, beliau mendapati bahawa negara kita sama dengan negara-negara membangun dalam erti kata pencapaian yang sangat menitik berat berhubung dengan kehidupan rakyat," jelas Rais.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai delegasi Forum Menteri-menteri Teknologi Maklumat dan Komunikasi termasuk Dr Yaacob melawat pavilion CommunicAsia 2012 di Marina Bay Sands Exhibition Centre.

"Kita dengan secara spesifiknya dapat menarik perhatian menerusi bekalan kemudahan komunikasi di kampung-kampung di bawah program Kampung Wifi.

"Setakat ini 1,400 kampung yang telah kita laksanakan program itu telah menarik perhatian kebanyakan pihak dan ini merupakan butiran yang memberi kebanggaan kepada negara kita," kata Rais.

Menurut beliau, Suruhanjaya Komunikasi Multi Media Malaysia (SKMM) telah memaparkan beberapa kisah pembangunan yang membanggakan untuk rakyat di bawah.

"Seperti kaum wanita di negeri Sabah dan juga beberapa orang nelayan serta mereka yang duduk di dalam kampung-kampung pedalaman yang terbekal dengan Kampung Wifi telah dapat memasarkan beberapa produk yang meningkatkan pendapatan mereka.

"Paparan itu telah menjadi testimoni atau pun bukti kepada dunia luar dan juga kepada masyarakat bahawa ICT di Malaysia berkaitan dengan pembangunan dan kehidupan rakyat sendiri," kata Rais.

Sebelum itu Rais menghadiri upacara pembukaan rasmi CommunicAsia 2012 oleh Dr Yaacob, di mana 19 syarikat ICT termasuk Mimos mengambil bahagian dalam pameran komunikasi dan penyiaran yang berlangsung bermula Selasa hingga 22 Jun. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan