Kualiti Udara Di Lembah Klang Bertambah Baik

Diterbitkan: Rabu, 20 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Status kualiti udara di Lembah Klang bertambah baik dengan tiada kawasan direkod memiliki bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, Rabu.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu kenyataan di sini berkata kualiti udara yang direkod dalam tempoh 24 jam lepas menunjukkan 11 kawasan berada di tahap baik, 40 kawasan di tahap sederhana manakala hanya sebuah stesen di Seberang Jaya, Pulau Pinang berada pada tahap tidak sihat (IPU 103).

Menurut kenyataan tersebut, kemerosotan kualiti udara dengan trend peningkatan IPU pula direkodkan di kawasan pantai barat di utara Semenanjung pada 11 pagi hari Rabu, yang berpunca daripada pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera, Indonesia.

Kenyataan itu menyebut perintah larangan pembakaran terbuka di seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dikeluarkan Sabtu lepas masih berkuatkuasa.

Orang ramai terus diminta agar tidak melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka.

Orang ramai juga diminta bekerjasama memadam kebakaran kecil dan melaporkan kes pembakaran terbuka kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 atau JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan