Khazali Ahmad Dilantik Ketua Pengarah Kastam

Diterbitkan: Rabu, 20 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Khazali Ahmad dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang baru mulai 22 Jun ini bagi menggantikan Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf yang menamatkan perkhidmatan.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, yang mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, pelantikan Khazali sebagai Ketua Pengarah Kastam yang baru, dibuat berdasarkan kelayakan, pengalaman, dan prestasi cemerlang beliau dalam bidang ekonomi, pengurusan cukai dan kewangan di sepanjang karier perkhidmatan beliau.

Katanya sebelum dilantik sebagai Setiausaha Persekutuan Sabah, Khazali merupakan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) di Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Khazali, 56, berkelulusan Ijazah Sarjana Ekonomi dari Central State University, Oklahoma, Amerika Syarikat; dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Ekonomi Pertanian dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Dis 1981.

Sementara itu, Mohd Sidek turut mengumumkan pelantikan Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Abu Bakar Hassan sebagai Setiausaha Persekutuan Sabah yang baru mulai 22 Jun ini bagi menggantikan Khazali.

Abu Bakar, 57, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Asia Tenggara dari Universiti Malaya.

Beliau menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 26 November 1979, dan berpengalaman dalam bidang pentadbiran negeri dan wilayah serta pengurusan kerajaan tempatan menerusi karier perkhidmatannya.

Mohd Sidek turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Mohamed Khalid atas sumbangan dan khidmat bakti beliau kepada perkhidmatan awam dan negara selama 35 tahun, terutama sepanjang tempoh beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Kastam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan