Johor Tidak Terima Royalti Daripada Projek Petronas Di Pengerang

Diterbitkan: Rabu, 20 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Kerajaan negeri Johor tidak menerima sebarang royalti melalui Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) Petronas di Pengerang sebagai sumber hasil negeri.

Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata, ini kerana ia merupakan satu projek pemprosesan minyak dan gas dari luar dan bukannya sumber itu datang dari perairan negeri Johor sendiri seperti Terengganu.

"Royalti tidak ada... ini satu pelaburan dalam perindustrian minyak dan gas. Kita hanya peroleh hasil melalui perubahan premium tanah dari tanah pertanian kepada tanah industri," katanya.

Katanya, keadaan itu berbeza dengan Terengganu yang bertuah memperoleh royalti daripada kerajaan pusat kerana sumber minyak dan gas ditemui di perairan Kertih, negeri itu.

Beliau berkata demikian pada persidangan kelima Dewan Undangan Negeri Johor kali ke-12 di sini Rabu ketika menjawab soalan tambahan Jaafar Hashim (BN-Senggarang) yang mahukan penjelasan sama ada kerajaan negeri memperoleh sebarang royalti daripada projek berkenaan.

Sementara itu Ayub Jamil (BN-Rengit) dan Hamimah Mansor (BN- Penawar) turut bertanyakan tentang saiz pelaburan, tempoh masa dan kesan guna tenaga daripada projek berkenaan di Pengerang.

Abdul Ghani berkata keseluruhan projek penapisan minyak dan gas di situ menyumbang 33 peratus daripada Program Transformasi Ekonomi Negara (ETP) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Ini menggambarkan betapa pentingnya projek penapisan minyak dan gas di Pengerang dengan nilai RM17.7 bilion Keluaran Kasar Negara menjelang 2020.

"Ia menyediakan 850,000 peluang pekerjaan dalam bidang profesional dan 40,000 pekerjaan separa profesional dan separa mahir," katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri juga tidak pernah meminggirkan golongan nelayan di kawasan itu dan memberikan mereka pilihan sama ada untuk terus kekal menjadi nelayan ataupun menukar kerjaya mereka dengan menyertai sektor perindustrian.

Beliau berkata, untuk golongan nelayan yang ingin menceburi bidang perindustrian, kerajaan negeri menyediakan pelbagai pusat latihan untuk mereka mempelajari kemahiran baru dalam bidang minyak dan gas.

Katanya, ia termasuk di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bandar Penawar yang akan menyediakan pelbagai program dalam bidang itu mulai Julai ini bagi memenuhi keperluan tenaga kerja di Pengerang.

Pada masa yang sama, katanya institut latihan lain di negeri ini seperti kolej komuniti dan Kolej Yayasan Johor juga akan menyediakan kursus dalam bidang yang sama untuk membekalkan modal insan yang diperlukan.

Manakala bagi mereka yang memilih untuk terus kekal menjadi nelayan pula, kerajaan negeri akan membantu melengkapkan golongan ini dengan pelbagai kelengkapan untuk menjadi nelayan laut dalam untuk perbaiki taraf hidup mereka.

Malah, katanya kerajaan negeri juga akan membina satu pusat nelayan dengan peruntukan RM80 bilion. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan