Isu Syria, Malaysia Tidak Berdiam Diri - Kohilan

Diterbitkan: Rabu, 20 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak berdiam diri, sebaliknya berpendirian tegas berhubung pergolakan yang berlaku di Syria, kata Timbalan Menteri Luar Senator A.Kohilan Pillay.

Beliau berkata melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Malaysia terus mendesak pihak yang berkenaan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan pergolakan di Syria.

"Malaysia juga menyokong resolusi yang dibawa oleh Kofi Annan (duta khas yang diberi mandat oleh Liga Arab-PBB) iaitu pelan enam perkara di mana negara ini meyokong pelan tersebut dalam menghentikan keganasan dan membolehkan rundingan terus dilakukan dalam menyelesaikan isu Syria ini secara damai," katanya.

Kohilan berkata Malaysia juga turut menyokong dengan memberi sokongan kepada pelan damai Liga Arab semasa mesyuarat khas OIC di Jeddah baru-baru ini pada November lalu.

"Pada 1 Jun lalu, di sesi khas Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, Malaysia juga membuat kenyataan yang mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan beramai-ramai di bandar Houla pada 25 Mei lalu dan menuntut supaya mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan," katanya ketika menjawab soalan tambahan Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) pada persidangan Dewan Rakyat, Rabu.

Nasharudin ingin tahu pendirian terkini kerajaan terhadap perkembangan yang berlaku di Syria, yang melibatkan isu kemanusiaan apabila pembunuhan berlaku terhadap orang awam.

Kohilan berkata sokongan Malaysia terhadap resolusi itu merupakan kali keempat negara ini berbuat demikian di Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva.

Katanya Malaysia juga akan terus memainkan peranan bersama negara-negara anggota PBB untuk menamatkan keganasan dan mengembalikan keamanan di Syria.

Beliau berkata Malaysia berpendirian bahawa pendekatan terbaik untuk menyelesaikan krisis di Syria ialah melalui dialog secara aman melibatkan semua pihak terbabit.

"Malaysia komited dan mereka juga perlu komited dan bekerjasama dalam melaksanakan sepenuhnya pelan enam perkara yang dibawa oleh Kofi Annan," katanya.

Ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ismail Kasim (BN-Arau) bagi mengatasi isu Islamophobia, Kohilan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Global Movement of Moderates (GMM) bagi mengikis persepsi Islamophobia.

"Penerangan diberikan sejelas-jelasnya mengenai GMM dan ia mula diterima oleh kebanyakan negara sebagai kesederhanaan dalam membawa diri kita dan juga dunia ke arah mencapai kemajuan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan