Ganti Pesawat, Inisiatif Utama MAS Tingkat Hasil Serta Kurang Kos Operasi - PM

Diterbitkan: Rabu, 20 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia Airlines (MAS) kini memberi fokus kepada pelan penggantian pesawat sebagai inisiatif utama untuk meningkatkan hasil serta mengurangkan kos operasi.

Sebagai langkah strategik mengembalikan keyakinan penumpang, katanya MAS akan memperkenalkan perkhidmatan jarak jauh dengan menggunakan pesawat Airbus A380 sebagai jenama baharu kepada MAS mulai I Julai ini.

Beliau, yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) mengenai rancangan penambahbaikan supaya kerugian MAS sebanyak RM2.52 bilion tahun lepas tidak berulang.

Bagi meningkatkan tahap kepuasan penumpang serta menjadikan MAS sebagai syarikat penerbangan premium pilihan, MAS menambah baik perkhidmatan sedia ada termasuk pemeriksaan penumpang, menaik taraf "lounge" kelas pertama serta kelas perniagaan, katanya.

Beliau berkata MAS akan menyertai "Oneworld Alliance" hujung tahun ini bagi meningkatkan jenama MAS di kalangan pelanggan syarikat penerbangan lain serta meningkatkan faktor muatan melalui trafik tambahan bagi mengukuhkan jaringan perkhidmatan.

Najib berkata jumlah kerugian bersih MAS bagi 2011 adalah RM2.52 bilion dan RM171 juta bagi suku tahun pertama 2012 disebabkan oleh kelembapan pasaran industri penerbangan global, terutamanya bagi perkhidmatan kargo serta peningkatan kos operasi syarikat itu.

"Berdasarkan prestasi kewangan bagi tempoh berkenaan, MAS kini berusaha mengukuhkan Kunci Kira-Kira syarikat supaya dapat membiayai perolehan pesawat baharu yang dianggap penting bagi menjayakan strategi pemulihan syarikat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan