Demonstrasi Jalanan Tidak Bantu Kukuhkan Demokrasi - Saifuddin

Diterbitkan: Rabu, 20 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Demonstrasi jalanan tidak membantu mengukuhkan demokrasi, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata di sebalik ruang bersuara untuk rakyat yang wujud di bawah Perlembagaan, demonstrasi jalanan perlu ditolak kerana ia mengundang banyak risiko kepada pelbagai pihak.

Menurutnya, perhimpunan dan demokrasi ada banyak bentuknya dan demonstrasi jalanan ialah satu daripadanya.

"(Tetapi) dalam demokrasi juga ada hak komuniti untuk menikmati ketenteraman awam, keselamatan dan harta benda," katanya dalam sesi debat dengan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub bertajuk 'Demonstrasi Jalanan: Mengukuh atau Meruntuh Demokrasi' anjuran sebuah akhbar di sini malam Selasa.

Saifuddin, yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, berkata apa yang diperlukan rakyat ialah demokrasi lebih matang dan progresif yang boleh menjurus kepada negara yang lebih maju dan aman.

Saifuddin menarik perhatian bahawa tindakan menolak demonstrasi jalanan bukan disebabkan ketidakupayaan kerajaan mengurus situasi seumpama itu.

"Isunya ialah kerajaan yang bertanggungjawab tidak mahu ambil risiko gadaikan keselamatan awam," katanya.

Saifuddin turut merumuskan bahawa elemen yang menyumbang kepada keamanan Malaysia selama ini perlu dikekalkan, termasuk keperluan menghormati syarat-syarat tertentu ketika penganjuran sesuatu perhimpunan.

Dalam pada itu, Salahuddin mendesak supaya sebuah suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan bagi menyiasat punca sebenar mengapa kekecohanan berlaku pada perhimpunan di ibu negara pada 28 April lalu.

"Sebab itu perlu ada suruhanjaya diraja untuk siasat punca kejadian yang berlaku untuk beri keadilan kepada Bersih 3.0," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan