Dedah Segera Bukti Penyelewengan KGT - Husam

Diterbitkan: Rabu, 20 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa meminta penulis blog Syed Azidi Syed Abdul Aziz mendedahkan segera, jika benar beliau mempunyai bukti yang menunjukkan berlaku penyelewengan dalam Kelantan Golden Trade Sdn.Bhd (KGT).

Malah, bekas Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu juga diminta menyatakan dengan jelas bentuk penyelewengan dan salah laku yang didakwa berlaku dalam syarikat milik kerajaan PAS Kelantan itu.

"Apa penyelewengan yang berlaku dan apa penyelewengan yang saya buat.

"Dedahkan terus, dedah sekarang tak payah main-main politik, pusing keliling dunia...lama sangat masa tu," katanya ketika dihubungi mStar Online, Rabu.

Menurut Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri itu, tidak ada keperluan untuk beliau menjelaskan dakwaan yang disifatkan Syed Azidi sebagai skandal mata wang syariah terbesar.

Husam juga enggan 'melayan' desakan Syed Azidi yang meminta beliau menjawab 10 soalan yang terdapat dalam blognya - kickdefella sebagai tanda kerajaan Kelantan bersikap telus dalam hal ini.

Katanya, Syed Azidi tidak perlu memanjangkan isu tersebut sebaliknya terus tampil dengan penjelasan dan bukti sekiranya benar ada.

"Sepatutnya dia yang mendakwa, dialah yang buktikan, bukan saya. Kalau dia ada hal, ada dokumen (bukti), tak perlu panjangkan cerita.

"Saya dah kata, kita (KGT) tak ramai pegawai. Kalau ada pegawai yang dikatakan menyeleweng tolong namakannya," ujarnya.

Menyifatkan tindakan Syed Azidi sebagai fitnah, Husam berkata beliau tidak takut dengan dakwaan ini dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap 'blogger' terbabit.

Mengulas mengenai tuntutan penjelasan gambar beliau bersama seseorang yang dianggap 'pengganas ekonomi' oleh pihak tertentu yang disiarkan dalam blog yang sama, Husam menjawab: Ada apa masalah dengan gambar itu? Dia (Syed Azidi) pun pengganas juga.

Syed Azidi, menerusi sebuah akhbar tempatan pada Rabu, menyatakan kesediaan mendedahkan bukti penyelewengan dalam KGT 'pada masanya' selain menuntut beberapa penjelasan daripada Husam berhubung dakwaan skandal dalam syarikat ini.

Dalam pada itu, Husam berkata, KGT tidak terjejas dengan dakwaan ini dan masih beroperasi seperti biasa.

Pada Selasa, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri mendesak kerajaan PAS Kelantan menggantung urusan penjualan mata wang dinar dan dirham yang didakwa dilanda kontroversi.

Tiga laporan polis turut dibuat dengan merujuk satu nama, iaitu pegawai kanan di syarikat terbabit.

Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata tindakan meminta penjelasan bukan serangan peribadi terhadap Husam dan PAS sebaliknya penjelasan itu untuk rakyat Kelantan.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan