Terma Rujukan RCI Pati Di Peringkat Akhir

Diterbitkan: Selasa, 19 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Terma rujukan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung masalah pendatang asing tanpa izin (Pati) di Sabah kini di peringkat akhir penggubalan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong.

Beliau berkata terma itu tidak boleh dibuat terburu-buru dan perlu dilakukan secara menyeluruh termasuk dakwaan isu pemberian kewarganegaraan kepada pati.

Lee juga berkata anggota suruhanjaya akan dipilih di kalangan mereka yang berpengalaman luas dan mempunyai kefahaman mendalam berhubung masalah pati di Sabah.

"Langkah itu untuk memastikan siasatan dibuat dengan menyeluruh dan syor yang dikemukakan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

"Oleh itu, tidak timbul bahawa penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja ini sebagai gimik pilihan raya," katanya ketika menggulung ucapan penangguhan Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau) mengenai suruhanjaya itu di Sabah bagi pihak Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat pada Isnin.

Lee berkata kesediaan kerajaan menubuhkan suruhanjaya itu membuktikan kesungguhan kerajaan untuk menangani masalah berkenaan.

Terdahulu, Chua meminta penjelasan sama ada kerajaan bersungguh-sungguh mahu menubuhkan suruhanjaya itu atau ia sekadar gimik pilihan raya.

Beliau berkata ini kerana terdapat peningkatan populasi secara mendadak di Sabah, yang tidak dapat dijelaskan puncanya.

Persidangan dewan bersambung esok. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 11 Februari 2016 12:32 AM

"Saya Pentingkan Aurat Daripada Berlakon" - Mia Sara

Rabu, 10 Februari 2016 2:48 PM

Bangkai Paus 4 Tan Berjaya Ditunda

Isnin, 8 Februari 2016 8:56 AM

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MCA

Ahad, 7 Februari 2016 10:27 AM

Stadium Bola Sepak Moden Pertama Di Malaysia

Kolumnis

iklan

Iklan